Kenapa Bisnes Anda Perlukan Perkhidmatan Chatbot?
Teknologi chatbot ini sudah tidak asing lagi dalam dunia perniagaan, lagi-lagi perniagaan yang melibatkan teknologi atas talian. Ianya seolah-olah satu keperluan bagi bisnes yang ingin memajukan perniagaan mereka dengan kos yang terhad.
Bukan kerana ingin mengikut trend terkini, tetapi dengan dunia yang serba canggih ini, anda juga perlu mengadaptasi dengan tabiat pengguna moden yang semakin dinamik. Ianya secara tidak langsung mengubah tabiat pengguna serta mempengaruhi pola penggunaan dalam interaksi pengguna dengan anda.
Chatbot merupakan program komputer yang dapat memenuhi sesuatu fungsi atau memberikan informasi melalui perbualan atau pesanan teks. “Robot” yang dapat menjawab perbualan dan memahami pertanyaan mahupun permintaan anda melalui chatting. Hal ini boleh terjadi kerana chatbot memanfaatkan teknologi AI iaitu kecerdasan buatan.
Menurut kaji selidik yang telah dilakukan oleh Oracle dengan responden sebanyak 800 orang dalam bidang perniagaan, dianggarkan pada tahun 2020 hampir 80% bisnes akan menggunakan chatbot bagi meningkatkan pendapatan mereka. Jadi, kali ini saya akan membahaskan kenapa chatbot ini penting dalam memajukan bisnes anda.
Ia dapat membantu bisnes anda untuk berinteraksi dengan banyak pengguna dalam waktu yang sama tanpa perlu memiliki banyak agen atau admin kidmat pelanggan yang harus memberikan melayan ribuan pertanyaan pelanggan secara manual.
Layanan Pelanggan Selama 24 Jam
Walau apa jenis sekalipun bisnes anda, memiliki layanan pelanggan yang baik sudah tentu dapat memberikan kesan yang positif pada kepuasan pelanggan. Ini kerana, chatbot merupakan robot virtual yang dapat memberikan jawapan secara automatik kepada pelanggan selama 24 jam tanpa berhenti.
Sekiranya masalah pelanggan merumitkan untuk chatbot menjawabnya, barulah ia akan meneruskan permintaan tersebut kepada pihak perkhidmatan pelanggan anda.
Interaksi Dengan Pelanggan Lebih Proaktif
Tidak ada perniagaan yang memiliki pekerja yang cukup banyak untuk secara manual menghubungi dan berbincang terus dengan kesemua pelanggan. Akan tetapi, dengan adanya chatbot hal ini mungkin dapat diatasi.
Ia akan membantu anda memulakan perbualan dengan setiap pelanggan dan seterusnya sekiranya permasalahannya menjadi terlalu rumit, chatbot akan pindahkan perbualan tersebut kepada anda. Teknologi ini sebenarnya akan memudahkan anda dalam melakukan perbualan pada saat awal.
Jimat Kos Operasi
Penggunaan chatbot ini untuk bisnes anda adalah sangat berguna kerana ianya sangat efisyen. Anda hanya perlu membuat satu chatbot yang dapat dihubungkan kepada pelbagai aplikasi chatting. Kos yang akan dikeluarkan juga akan lebih jimat jika dibandingkan dengan mengambil ribuan pekerja untuk menjawab permintaan pelanggan secara manual ataupun membuat aplikasi di telefon.
Interaksi Yang Lebih Menyenangkan Dengan Pelanggan
Tahukah anda, anda boleh menyediakan chatbot anda untuk dapat berkomunikasi secara personal, ramah, sopan dan tidak akan menyebabkan pelanggan anda marah dengan anda. Teknologi ini juga dapat memberikan cadangan produk pada pelanggan seakan-akan ia merupakan seorang promoter kedai yang terlatih.
Bukan itu sahaja, dalam industri perhotelan, chatbot juga dapat dilatih untuk fasih berkomunikasi dalam pelbagai jenis bahasa.
Media Penyelidikan Pemasaran Yang Berkesan
Kemampuan chatbot ini adalah untuk menganalisa data serta tabiat pelanggan. Ia memungkinkan teknologi ini menjadi media untuk melakukan penyelidikan pemasaran. Hal ini sangat bermanfaat untuk memahami tabiat dan tingkah laku pelanggan.
Dari analisis data tersebut, anda dapat melakukan ramalan produk atau layanan yang akan dipilih oleh pelanggan pada masa yang akan datang. Bayangkan anda dapat menyimpan data-data tentang pengguna yang berpotensi menjadi pelanggan anda dan menggunaka data tersebut untuk menarik minat mereka pada masa akan datang.
Dengan kesemua kelebihan dan manfaat yang dapat diberikan olehnya, anda boleh lihat bahawa pelaburan untuk menggunakan chatbot adalah salah satu langkah strategi bagi mendorong pertumbuhan bisnes anda.
Sebelum ini, tidak ada teknologi yang membolehkan interaksi yang sangat personal dengan pelanggan dalam skala seperti ini. Jadi, sampai bila anda mahu menunda menggunakan teknologi yang canggih ini untuk bisnes online anda?