DIGITALMARKETING MALAYSIA.COM

APA ITU COPYWRITING UNTUK IKLAN DAN POSTING?

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Saya dah bertahun buat copywriting untuk produk dan bisnes company. Tapi, susah betul nak jadi. Ada yang jadi pun tak lama, sekejap je.

Saya buntu dan terduduk, rasa putus asa sebab dah tak tahu nak buat macam mana lagi.

Satu hari, saya cuba contact salah seorang rakan saya yang juga jalankan bisnes. Bisnesnya lebih stabil berbanding saya.

Bawah post mesti ada orang comment dan berminat dengan post yang beliau buat.

Saya tekad, ini masanya untuk saya berubah demi masa depan bisnes dan company.

Lepas tu, saya atur waktu untuk sesi soal jawab dan bawa dia berbincang.

Rupa-rupanya, teknik yang saya jalankan selama ni tak betul. Saya tak tahu menahu ada beza antara copywriting untuk jualan dan posting !

Anda seorang usahawan yang sedang hadapi masalah seperti situasi kat atas? Bukan anda sorang je tak tahu yang copywriting ni ada jenisnya.

Jom kami terangkan apa sebenarnya perbezaan copywriting untuk jualan dan posting ni supaya anda lebih faham dan tak ulangi kesilapan sama.

COPYWRITING UNTUK JUALAN

1.Line Intro Perlu Highlightkan ‘Masalah’ atau ‘Solusi’

Line intro kebiasaannya akan keluarkan apa solusi khas, atau terus bagitau masalah apa yang selalunya pengguna hadapi.

Dan seterusnya, akan disusuli dengan explanation untuk situasi/masalah/solusi yang dah ada kat intro atas ni.

NOTES 📝

Pastikan anda tak gunakan perkataan atau ayat direstricted oleh Facebook untuk elakkan iklan anda direject.

Nak tahu apa perkataan specific yang takboleh digunakan sebelum anda run iklan di Facebook?

Jika anda berminat, kami akan guide anda dari A-Z, dan bukan setakat itu sahaja, kami juga akan uruskan pengiklanan bisnes online anda.

Klik sini untuk info lanjut.

2.Tidak Memerlukan Info Panjang Lebar

Untuk copywriting jualan, anda tak perlu explain panjang lebar tentang produk atau bisnes anda.

Sebab apa?

Sebab di penghujung copywriting anda nanti, akan ada link yang akan directkan pengguna terus ke website anda.

Dalam tu mestilah dah full dengan explanation. Siap ada gambar dan bahan-bahan yang berkaitan. Jadi, tak perlu bebel panjang lebar kat ads.

Anda hanya perlu explain sedikit sebanyak tentang benefit secara ringkas atau overview.

Kalau nak masukkan bahan-bahan yang digunakan pun boleh. Kalau nak panjang sikit, boleh lah tambah sikit apa kebaikan bahan-bahan tu.

3.Mengandungi Testimoni

Copywriting untuk jualan selalunya disertakan sekali dengan testimoni-testimoni sebenar daripada pengguna atau pelanggan.

Tujuannya adalah untuk meyakinkan mereka yang melihat ads tersebut dan sekaligus meningkatkan kualiti produk atau perkhidmatan anda.

Dengan cara ini, brand dari syarikat anda kebiasannya akan lebih dikenali dan diyakini ramai.

4.Disertakan Dengan Promosi Khas dan Pakej

Bahagian ini akan menarik perhatian pengguna yang pantang ternampak perkataan ‘jimat’.

Sebab bila adanya pakej dan promosi, pengguna akan lebih pilih untuk beli pakej yang disertakan sekali dengan freegifts atau benefit yang lain.

Part promosi dan pembelian pakej ini memang akan selalu ada dalam copywriting untuk jualan.

Ianya bertujuan untuk meyakinkan pengguna bahawa ada pakej yang lebih berbaloi untuk dibeli berbanding dengan pembelian 1 produk sahaja.

5.Penutup Ajak Pengguna Bertindak

Line ni anda akan selalu nampak dalam kebanyakan copywriting produk di Facebook.

Tujuannya adalah untuk meyakinkan pengguna untuk kali terakhir dan jika mereka memilih untuk tekan link website anda, bermaksud copywriting anda memang hebat.

Kenapa perlu ada ayat ni?

  • Supaya ayat anda tidak tergantung selepas terangkan pasal kelebihan produk atau bisnes anda di atas.
  • Untuk nampakkan produk atau perkhidmatan syarikat yang anda tawarkan adalah diyakini dan berkesan.
  • Untuk meningkatkan peratus pengguna yang akan klik ke link website bisnes anda sebanyak 99.9%

Berbeza pula dengan copywriting untuk posting yang lebih mengutamakan info terkini, harian atau yang berkaitan dengan Facebook page itu sendiri.

COPYWRITING UNTUK POSTING

1.Topik Adalah Info Untuk Semua

Posting lebih mengutamakan info yang berkaitan dengan Facebook page yang telah diset dan pengguna yang berminat dengan info tersebut.

Untuk intro, kebiasaannya akan terus straight to the point dengan apa yang anda nak sampaikan.

Berbeza dengan copywriting untuk jualan yang lebih sensitif dengan pemilihan perkataan dan panjang ayat tersebut.

2.Perlu Buat Research Secukupnya

Untuk info yang melibatkan cara-cara, anda takperlu buat research teruk-teruk sangat sampai pening kepala.

Tengok je tutorial kat Youtube atau platform yang lain untuk memudahkan kerja writing anda untuk posting.

Macam contoh kat atas ni adalah posting untuk tahu kenapa iklan masih tak jalan di Facebook.

Jadi, anda hanya perlu lihat balik apa yang menyebabkan iklan susah nak nampak dan take note. Mudah kan?

Kalau posting anda berkaitan dengan info yang memerlukan research, maka wajiblah anda ‘study’ dulu ya!

Ini adalah contoh topik yang wajib anda research dulu :

  • Kelebihan
  • Fakta
  • Kepentingan
  • Contoh syarikat globalisasi yang jalankan bisnes sama dengan anda

Sebab apa?

Sebab point-point yang akan kita list downkan tu adalah FAKTA dan isi penting yang telah dikumpulkan oleh mereka yang sudah cuba.

Jadi, kalau tersalah list down nanti timbul masalah lain pula. Hati-hati ya.

3.Perlu Ada Kaitan Dengan Facebook Page

Berbeza dengan copywriting untuk jualan yang hanya fokus untuk pastikan pengguna klik link website mereka di penghujung nanti.

Posting hanyalah untuk kongsi ilmu yang ada dengan pengguna lain dan yang paling penting, berkaitan dengan Facebook page yang anda set.

Klik sini untuk lihat tips jadikan Facebook post lebih menarik !

Semoga info ini dapat membantu anda semua untuk lebih memahami antara copywriting jualan dan posting.

Jom mula menulis dan kongsikan ilmu ini dengan rakan-rakan anda!

Ada soalan online marketing? Jom tanya di ruangan komen di bawah.

Tentang DMM.com

Kami tulis tentang online marketing berdasarkan pengalaman dan data yang kami dapat sepanjang memberi servis online marketing kepada klien-klien kami.

Post Terkini

Jom Follow Kami

Video Online Marketing