Anda sudah mulakan bisnes tapi kurang dapat sambutan? Sebabnya adalah tak lain tak bukan… Facebook page masih takde lagi.
Bila kami tanya kenapa masih tak set Facebook page? Jawapannya adalah tak tahu macam mana dan mereka ingat ianya tak penting.
STOP! Nak jadi usahawan, takboleh ada pemikiran yang sebegini. Silap-silap nanti bisnes tah kemana sebab masih tak dikenali.
Facebook page penting untuk kembangkan lagi bisnes anda di masa akan datang. Jom ! Kami tunjukkan kat anda 7 langkah mudah untuk set Facebook page anda sendiri.
1.Buka Fb Profile Anda
Langkah pertama ni mudah je, buka je Facebook profile dan anda akan terus nampak simbol ‘+’ ni.
Pautan ni akan bawa anda terus ke page creation. Kalau masih belum sign in, Facebook akan minta anda untuk sign in dulu.
Untuk yang dah buka Facebook profile, boleh lah terus tekan simbol tambah belah atas kanan ni dan pilih option ‘Page’.
2. Isikan Info Penting Page Anda
Lepas tekan option page tu anda akan terus dibawa ke ruangan khas untuk isikan info-info penting mengenai page anda.
Antaranya adalah, nama page, category, page description yang ringkas tentang page anda, dan gambar beserta cover.
Nama page tu boleh lah letak nama syarikat (kalau ada) atau letak nama produk sahaja pun boleh.
Untuk bahagian category pula, anda boleh pilih yang berkaitan dengan syarikat anda.
Kebiasaannya, untuk syarikat yang menjual produk, pilihannya adalah ‘brand’.
Jangan stress pula sampai taktahu nak pilih mana satu, semuanya bergantung pada jenis syarikat anda.
Macam-macam pilihan yang akan muncul kalau anda masukkan keyword yang berkaitan dengan syarikat, interest atau bisnes anda.
Dalam bahagian description, ceritalah serba sedikit apa content page anda ni, tapi secara ringkas sahaja tau! Jangan pula panjang lebar.
Lepas dah siap info-info penting ni, anda boleh terus proceed tekan button ‘create page’ bahagian bawah tu nanti.
3. Pemilihan Gambar
Selepas itu, Facebook akan minta anda untuk upload gambar page beserta dengan cover.
Untuk bahagian ini, jangan main letak gambar sembarangan ya! Sebab Facebook ada policynya yang tersendiri yang perlu anda fahami.
Adalah lebih bagus kalau anda ada logo syarikat sendiri. Kalau takde pun takpe.
Tapi, kalau anda mahukan pakej lengkap untuk iklankan bisnes anda secara online dengan harga berpatutan, anda boleh klik sini.
Bukan setakat logo, macam-macam lagi kami akan uruskan untuk anda.
Seterusnya, untuk gambar cover pula cuba lah edit sikit bagi nampak macam professional dan trusted brand. Barulah ada standard 😋
Boleh lihat gambar di bawah ni sebagai contoh. Nak cari contoh yang lain pun boleh.
4. Masukkan Username Page
Dengan adanya username ni, lebih mudah lah untuk pengguna yang lain untuk cari Facebook page anda.
Tak susah pun, boleh terus letak nama yang sama anda guna untuk page. Atau, anda boleh figure out nama yang sedikit unik pun boleh!
Cara nak buat username ni tersangatlah mudah, kat bahagian page tu nanti anda akan nampak ‘create @username’
Masukkan je username yang telah anda pilih di ruangan bawah ni. Mudah kan?
Anda boleh juga masukkan button apa yang anda nak pengguna lihat bila mereka singgah ke page anda nanti.
Tekan je button bahagian atas kanan ni, dan pilih button apa lagi yang anda nak tambah.
5. Lengkapkan Bahagian ‘About’
Ambil perhatian semua… bahagian ni sangat penting ya. Jangan biarkan ruangan ini kosong.
Bila pengguna ‘melawat’ page anda, mestilah mereka nak tahu info penting dan maklumat lanjut tentang apa yang anda tawarkan.
So, sebab itulah bahagian ini penting. Lebih-lebih lagi jika ada pengguna yang berminat dengan bisnes anda. Inilah masanya!
6. Upload Post Yang Berkaitan
Lepas selesai set up apa yang patut, jangan terus exit page ya. Masih ada lagi perkara yang perlu anda lakukan!
Iaitu, post content yang berkaitan. Jangan biarkan page kosong dan terus invite kawan-kawan di Facebook untuk like, share dan follow.
Penyudahnya takde siapa yang nak singgah! Anda mesti tertanya-tanya post apa yang sesuai?
Untuk permulaan, anda digalakkan upload post seperti :
- Post yang berbentuk tutorial, beri info berguna tentang syarikat bertaraf global yang berkaitan.
- Video menarik yang berkaitan dengan apa yang anda tawarkan
- Info semasa (pandemik dunia) atas tujuan tunjukkan anda ‘concern’ dengan pengguna yang lain.
- Post ‘Quote of The Day’ atau kata-kata inspirasi, motivasi diri.
- Post info berguna untuk beginner yang baru menceburkan diri dalam bidang bisnes (yang ini jangan terlalu kerap).
Kalau masih lagi rasa rumit dan sukar, anda boleh klik sini untuk lihat tips jadikan Facebook page anda lebih menarik!
Page di bawah ni adalah contoh page yang post video tutorial berkaitan dengan contentnya.
6. Check Setting
Bahagian setting tu anda boleh check pihak mana yang telah anda beri kebenaran untuk handle facebook page ni.
Anda boleh buat semakan, dan remove page roles atau add page roles ikut roles yang anda mahukan.
Bahagian tersebut berada di bahagian ‘page setting’ dan pilih ‘page roles’.
7. Aktifkan Page Anda
Inilah masanya untuk anda invite kawan-kawan anda di Facebook untuk like, share dan comment di Facebook page anda.
Ini bertujuan untuk mengembangkan lagi bisnes yang anda jalankan dan sekaligus tingkat interaksi anda bersama pengguna yang berminat!
Aktiviti posting mesti dilakukan setiap hari. Sebagai contoh pada waktu pagi, tengahari, petang dan malam (sebelum jam 9 malam) contohnya.
Lebih aktif page anda, lebih tinggi harapan untuk bisnes anda dikenali ramai.
Usaha tangga kejayaan! Kalau dah tahu cara-cara nak set Facebook page, tunggu apa lagi? Jom sama-sama kita jadi lebih produktif.