3 Strategi Pemasaran Tanpa Kos Yang Anda Perlu Tahu
Mesti ramai yang runsing fikir bagaimana ingin lakukan pemasaran kalau tiada modal yang cukup kan? Jangan risau, sebenarnya ada cara lain untuk anda melakukan pemasaran tanpa memerlukan sebarang kos. Tidak susah sebenarnya untuk anda kembangkan perniagaan anda walaupun anda kekurangan modal. Ini dia cara yang anda boleh gunakan dan lakukan pemasaran tanpa kos.
Search Engine Optimization (SEO)
Search Engine Optimization ataupun nama pendeknya SEO ini adalah usaha-usaha mengoptimumkan laman web untuk mesin pencari agar ianya dapat berada pada peringkat yang lebih baik di hasil pencarian. Dengan kata mudah, apabila anda melakukan carian di Google, anda akan mendapat laman web yang berkaitan dengan carian anda.
Penggunaan SEO ini sangat penting sekiranya anda ingin memajukan online bisnes anda. Hal ini adalah kerana, sekiranya laman web anda berada pada peringkat yang tinggi di muka hasil pencarian, ia akan memberikan lebih keyakinan kepada pengguna terhadap perniagaan anda. Dengan mudah anda telah mencipta kepercayaan kepada bakal pelanggan anda.
Membina Jenama
Selain itu, anda perlu membina jenama anda untuk pengguna lebih mengenali dan percaya terhadap produk atau servis yang anda tawarkan. Dalam perniagaan, pasti anda akan mempunyai pesaing. Salah satu cara untuk menjayakan sesuatu perniagaan itu sekiranya terlalu ramai pesaing dan kekurangan modal adalah dengan melakukan penjenamaan peribadi ataupun self-branding.
Ianya sangat penting untuk membina jenama walaupun perniagaan anda adalah perniagaan kecil-kecilan. Seperti yang telah dikatakan tadi, dengan membina jenama, orang ramai akan lebih mengenali dan mempercayai jenama anda. Malah, pengguna juga akan mudah ingat akan perniagaan anda.
Membina jenama ini tidak semestinya memerlukan kos. Jangan anda membandingkan jenama dengan Coca-cola, Air Asia dan Sony kerana kesemua syarikat ini merupakan syarikat besar yang mempunyai modal yang banyak untuk aktiviti pemasaran.
Bagi anda yang baru bermula atau memiliki perniagaan kecil-kecilan ini, penggunaan pemasaran tanpa kos yang anda patut tahu adalah dengan melakukan “content marketing”. Content marketing ini adalah strategi pemasaran di mana anda merencanakan, membuat atau berkongsi kandungan yang mampu menarik audiens yang tepat sasaran sekaligus mendorong mereka menjadi pelanggan anda.
Anda boleh lihat influencers di internet di mana mereka tidak menggunakan modal tetapi sebaliknya menggunakan daya tarikan personal branding mereka dalam perniagaan. Tujuan membuat content marketing ini adalah untuk menarik audiens baru mengenal bisnes anda dan juga mengajak mereka untuk menjadi pelanggan anda. Tarik pelanggan dengan kongsikan informasi-informasi menarik yang berkaitan dengan produk atau servis anda.
Statistik yang diambil dari OneSpot pada 2015 menyatakan bahawa laman web yang menggunakan content marketing mendapat penjualan enam kali lebih tinggi daripada yang tidak menggunakannya.
Media Sosial
Di zaman teknologi canggih ini, media sosial telah dijadikan sebagai sebahagian daripada gaya hidup. Ini adalah kerana penggunaan media sosial ada percuma untuk semua orang. Ia memainkan peranan yang sangat penting dalam perniagaan dalam membina hubungan antara perniagaan dan pelanggan anda.
Akan tetapi, tidak ramai yang memanfaatkan penggunaan media sosial ini. Apa yang penting di media sosial adalah “engagement”. Engagement adalah like, share dan comment di post anda. Sekiranya anda update sesuatu tetapi tidak ada like, comment ataupun share ini bermakna anda zero engagement. Post anda mungkin dilihat tetapi tiada sesiapa yang berminat untuk engage dengan post tersebut.
Jadi, bagaimana caranya untuk menggalakkan orang ramai berinteraksi dengan media sosial sesuatu perniagaan tersebut? Anda perlu menganggap media sosial ini sebagai media untuk berinteraksi dan bukan media jualan. Dengan cara yang lembut, melalui interaksi tersebut, anda dapat menjual produk atau servis anda.
Secara kesimpulannya, cara anda berniaga menentukan jumlah jualan yang anda akan dapat. Sekiranya anda masih menggunakan cara yang sama pada zaman ini, jualan anda akan sukar untuk meningkat.