Apa itu Lead Generation?
Lead Generation adalah satu cara yang menjadi buah mulut bagi setiap perniaga tidak kira lah perniagaan itu kecil ataupun besar.
Ini adalah kerana ia amat penting untuk kita dapatkan bakal pengguna dengan cara yang mudah.
Ianya juga untuk memperkenalkan produk dan servis kepada general public atau lebih dikenali cetizen.
Tanyalah sesiapa sekalipun, jawapan mereka tetap sama. Jadi anda harus menitik beratkan perkara ini dan mempraktikkan untuk periagaan.
Jom, luangkan masa yang berilmu bersama saya dengan scroll sampai habis.
kegunaan Lead Generation
Lead Generation ada beberapa kegunaan yang mampu buatkan anda terpinga-pinga terutamanya sekali bagi perniaga yang baru menjinakkan diri untuk menjual produk mereka di online.
Saya berani jamin anda akan dapatkan habuan jika anda ketahui kelebihan ini.
1. Form
Kita boleh ambil seorang perniaga SeniSini ini sebagai contoh untuk fahami dengan mudah.
Tadika senisini ini susah untuk dapatkan pelajar baru dan mempunyai pelbagai kesukaran seperti yang di alami oleh kebanyakkan perniaga.
Oleh itu, solusi bagi masalah beliau adalah dengan menggunakan form/borang ini untuk dapatkan lead dan membolehkan beliau mengaut lebih ramai pelanggan.
Ianya bertujuan untuk merapatkan jurang yang boleh menjadikan seorang itu dari general public kepada regular customer anda.
Buat sahaja form bukanlah senang, ia ada caranya untuk menarik minat pengunjung yang datang ke laman web anda.
Antara Isi form yang perlu anda letak adalah :
+ Hadiah/Free Gift/kupon/voucher
Alamak, kena bagi sesuatu ke? kena keluarkan duit lani?.
Jangan risau, apa salahnya anda keluarkan sikit atau gunakan sumber yang ada untuk dapatkan keuntungan yang lebih.
Jika produk anda berharga RM90 dan mempunyai 900 pelanggan. Bandingkan dengan jumlah yang anda berikan kepada mereka. Ianya jauh berbeza dan menguntungkan bukan?.
+ Nama & email
Baiklah, kalau letak nama sudah tentu untuk kita tahu siapa orangnya. Tapi kenapa perlukan email? hmm..
Haa..email adalah untuk anda follow up semula bakal pelanggan anda dengan promosi atau lain-lain kepada email mereka. Ianya secara tidak langsung membuatkanya free ads.