DIGITALMARKETING MALAYSIA.COM

Upah Buat Website: Kenapa Harga Berbeza?

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Upah buat website ni kebiasaannya berbeza-beza. Yelah, kena tengok juga website jenis apa yang anda inginkan.

Harga spesifik untuk upah buat website ni tiada yang standard.

Kalau anda tanya syarikat A, harganya lain, syarikat B pula harga lain, itu adalah biasa.

Harga upah website juga bergantung kepada siapa yang anda upah untuk buat sesebuah website tu.

Sebagai contoh, ada yang upah buat website dengan freelancer, ada juga yang memilih berurusan dengan agensi-agensi tertentu yang lebih berpengalaman.

Kedua-dua jenis kategori ini adalah berbeza. Hasilnya pun pasti ada beza.

Selalunya harga tu memang relevan lah dengan hasil, semuanya bergantung pada citarasa klien.

Mesti ramai nak tahu kenapa harga yang ditetapkan oleh freelancer & agensi-agensi diluar sana berbeza, kan?

Jom kami senaraikan beberapa point yang mungkin boleh jadi rujukan anda di masa akan datang!

1.Modal & Target

Macam-macam aspek yang agensi-agensi ni kena teliti & lihat dulu sebelum meletakkan sesuatu harga.

Kebiasaannya ada dua jenis aspek yang dilihat, antaranya berapa modal yang ada & target klien.

Ada sesetengah agensi akan mulakan dengan harga yang paling minimum atau paling rendah. Tapi kena tengok juga jenis website ya.

Ada juga yang nak kena tengok projek apa dulu akan dibuat dengan menetapkan harga flat rate & ada juga yang tetapkan harga ikut modul.

Tapi jangan terkejut, ada sesetengah agensi juga tengok siapa klien mereka. Dari situ barulah harga upah buat website ditetapkan.

Apa yang pasti, jenis website apa yang anda nak buat itulah sebenarnya yang menentukan harga sesebuah website.

Kalau jenis website yang complicated, menggunakan banyak features yang tertentu, relevan lah jika ia agak mahal berbanding dengan website biasa.

2.Pengalaman

Web designer yang berpengalaman juga mempengaruhi faktor penentuan harga untuk upah buat website.

Kenapa?

Sebab mereka ini bekerja di bawah sebuah agensi yang memang menyediakan servis buat website yang profesional.

Mereka juga sudah mempunyai portfolio & lebih berpengalaman dalam menghasilkan pelbagai jenis website.

Kebiasaannya harga servis buat wesite yang ditawarkan sedikit tinggi berbanding freelancer atau junior web designer.

Anda hanya perlu lihat portfolio & contoh website yang dihasilkan jika anda bimbang tentang hasil & kualiti kerja mereka.

Dari situ anda boleh menilai dengan lebih teliti & bijak untuk rujukan anda apabila berbincang dengan web designer berkaitan jenis website yang anda inginkan.

Dan sudah semestinya segala proses pembinaan website anda akan lebih teratur & lancar dengan adanya bantuan daripada pakar.

“Sy nak website yang cantik tapi nak jimat kos jugak…”

Kalau anda berurusan dengan mereka yang kurang pengalaman, mungkin boleh jimat kos tapi anda tak pasti kualitinya macam mana.

Sebab kebanyakan dari mereka ini tidak mempunyai portfolio & pengalaman dalam buat website.

Tapi, mungkin anda boleh berbincang & cuba lihat draft-draft yang dihasilkan mengikut citarasa anda.

Masih tercari-cari servis buat website? Jom kami bantu.

3.Jenis Website

Mesti anda dah tahu website ada banyak jenis, kan?

Antaranya ada website jenis landing page, corporate, e-commerce, marketplace, travel & sebagainya.

Ada yang kata kalau anda buat landing page, tak semestinya kena terlalu banyak isi kandungan sebab nanti orang yang baca cepat bosan.

Ada juga yang berfikir sebaliknya.

Jadi, website mana yang akan lebih mahal?

Mestilah website yang lebih detail & banyak info yang nak dimasukkan.

Sebab, designer kena fikir cara nak susun, buat ayat, design layout & ambil kira waktu yang diambil selama mana proses bina website tersebut dijalankan.

Ini termasuklah pemilihan design, warna tema yang berkaitan, penggunaan feature seperti plugin & macam-macam lagi yang perlu dititikberatkan untuk hasil yang bagus.

Pendek kata, lebih banyak isi, lebih tinggi nilainya.

“Sy nak website simple-simple je, style minimalist…”

Ini adalah salah satu tanggapan yang salah masih ada dalam masyarakat. Simple bermaksud mudah dihasilkan & murah.

Sebenarnya tiada website yang mudah dihasilkan. Semuanya memerlukan masa & tenaga.

Berbalik semula kepada bajet yang anda ada & penting untuk anda buat sedikit research tentang website yang anda inginkan tu & buat perbandingan harga.

Apa-apa pun carilah agensi yang betul-betul boleh buat website yang berkualiti & seiring dengan harganya.

Jom hubungi kami jika anda berminat nak buat website.

4.Caj Mengikut Modul

Seterusnya, ada lain-lain faktor yang menyebabkan harga upah buat website sering berubah. Antaranya adalah disebabkan beberapa caj yang telah ditetapkan oleh sesebuah agensi.

Contohnya, caj untuk setup domain & hosting, cara guna & handle website sendiri selepas diberikan tunjuk ajar, design banner, kemaskini isi, konsultasi & sebagainya.

Kos hosting juga bergantung kepada jenis hosting & kat mana anda dapatkan. Jom kita tengok anggaran kat bawah ni:

  • Shared hosting beranggaran dari RM 300 sehingga RM 600 dalam tempoh masa setahun.
  • Dedicated hosting dari RM 3,000 sehingga RM 8,000 dalam masa setahun.
  • Virtual Private Server dari RM 1,500 sehingga 5,000 setahun.
  • Reseller hosting pula dari RM 1,000 sehingga 5,000 setahun.
  • Untuk Colocation Hosting pula adalah dari RM 8,000 sehingga RM 30,000

Apa yang penting pilih ikut bajet & kemampuan anda. Setiap daripada satu element di atas ni ada kelebihan & kekurangannya sendiri.

Mungkin lain agensi juga, lain jumlah upahnya disebabkan point-point di atas ni.

Ada yang dah pening ke? Jangan stress, kami boleh tolong anda sediakan website dengan harga mampu milik sekarang juga. Jom klik sini.

Kami harap anda akan lebih memahami tentang perbezaan-perbezaan yang menyebabkan harga upah buat website pun berlainan.

Untuk anda yang masih belum ada website, apa kata anda singgah dulu kat sini & kami akan bantu anda sediakan website dengan baik.

Ada soalan online marketing? Jom tanya di ruangan komen di bawah.

Tentang DMM.com

Kami tulis tentang online marketing berdasarkan pengalaman dan data yang kami dapat sepanjang memberi servis online marketing kepada klien-klien kami.

Post Terkini

Jom Follow Kami

Video Online Marketing