DIGITALMARKETING MALAYSIA.COM

Perbezaan Facebook Ads dan Google Ads Yang Perlu Anda Tahu

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Yang buat bisnes online WAJIB tahu apa perbezaan Facebook Ads dan Google Ads untuk tingkatkan lagi sales bisnes online anda.

“Kenapa nak kena tahu pulak, janji ads jalan sudah lerr…”

Perbezaan ni penting untuk anda tingkatkan produktiviti bisnes untuk bergerak sama naik dengan pesaing-pesaing yang ada.

Jom kami terangkan kat anda satu persatu tentang perbezaan Facebook Ads dan Google Ads.

Manfaatkan ilmu ni sebaik mungkin untuk kegunaan anda di masa hadapan.

Itupun kalau anda betul-betul komited ingin teruskan perjuangan dalam dunia advertising ni.

Masih tercari-cari penyedia iklan untuk bisnes online anda? Klik sini untuk kami guide anda dari A-Z dengan harga berpatutan.

1. Facebook Ads

🔴 Target Audiences

Untuk yang buat ads di Facebook mesti akan faham apa itu target audiences. Pengguna ini adalah mereka yang telah anda pilih

dan letakkan mereka dalam satu kumpulan interest/behaviour yang tertentu.

Jadi, mereka inilah yang akan like, share, comment atau join apa-apa content yang anda buat.

Facebook pixel juga berkait rapat dengan kumpulan yang telah anda tetapkan untuk pengguna-pengguna tersebut.

Ada yang tak tahu apa Facebook pixel? Klik sini.

Sebagai contoh, ada pengguna yang sedang mencari casing phone.

Jadi, Facebook akan detect carian tersebut dan jadikannya sebagai satu indikator.

Nanti, iklan tentang casing phone akan muncul di wall pengguna.

Contoh yang mungkin anda sendiri pernah rasa adalah bila cari barang keperluan sekolah anak di Lazada.

Tiba-tiba nanti scroll-scroll Facebook, muncul pulak iklan tu.

Senang kata, apa-apa apss yang pengguna pilih untuk “continue with Facebook”, akan dapat bantu mereka cari barang yang diinginkan.

🔴 Kos Pengiklanan

Untuk Facebook Ads, anda akan dicaj mengikut IMPRESSION. Bermaksud, setiap pengguna yang nampak aje iklan anda naik, anda akan dicaj.

Sebab tu masa anda tengah buat iklan, anda kena set budget sendiri berapa. Pastikan anda tahu, dan betul-betul faham tentang budget ni ya.

🔴 Jenis Bisnes

Kebiasaannya, semua produk dan servis adalah sesuai untuk diiklankan.

Tapi, kalau anda dah lama berkecimpung dalam dunia advertising di Facebook, anda mesti dah tahu dan faham policy Facebook tentang Ads.

Ada sesetah jenis iklan yang sensitif, tidak dibenarkan sama sekali untuk diiklankan.

Dan jika anda masih berbuat demikian, iklan anda akan direject ya.

Jangan cakap Facebook takkan detect, proses pengecaman tu takkn ambil masa yang lama pun, tahu-tahu je dah kena restricted.

Tapi, kalau anda rasa iklan anda tu takde masalah tapi masih kena reject, boleh lah cuba appealkan, mana lah tahu masih boleh diselamatkan.

Hati-hati ya kalau berbisnes di Facebook ni.

Klik sini untuk info lanjut tentang Facebook policy

2. Google Ads

🔴 Memerlukan Keyword

Berbeza dengan Facebook Ads, Google ni pulak fokus kepada keyword.

Kebiasaannya, pengguna akan taip atau cari sesuatu yang berkaitan masalah atau info yang mereka nak tahu.

Contohnya, cara pantas hilangkan parut jerawat di rumah, jana pendapatan tinggi dengan mudah di rumah dan sebagainya.

Jadi, Google akan detect carian pengguna tu dan matchkan dengan keyword yang anda sediakan.

Namun, demografik untuk pengguna yang klik adalah sangat terhad.

Sebagai contoh, untuk bahagian umur akan ada info yang muncul dan akan ada yang akan dikategorikan sebagai “unknown”.

Jadi, sedikit sukar untuk kita tahu pengguna tu dalam lingkungan umur berapa yang klik.

Untuk yang guna Facebook Ads, target audiences nya adalah lebih tepat dan padat sebab semuanya kita boleh specifickan!

🔴 Kos Pengiklanan

Google hanya akan caj anda jika iklan anda telah diklik oleh pengguna. Tapi, jika pengguna tu nampak iklan anda, tapi tak klik, maka

Google takkan caj anda.

Untuk anda yang baru nak mula, boleh klik sini dan faham betul-betul tentang pengiklanan KSK (Kos Setiap Iklan) atau PPC (bayaran setiap klik).

🔴 Jenis Bisnes

Untuk Google Ads, tak semua iklan boleh diiklankan.

Kebiasaannya, ads tentang kesihatan, hartanah, percutian, sewa, dan jual beli barang rumah sering diiklankan.

Sebagai contoh, jika pengguna sedang mencari destinasi perlancongan sudah semestinya Google pilihan utama pengguna.

Sebab lebih mudah dan terperinci.

Berbeza dengan Facebook ads yang memang tak benarkan iklan sebarang iklan produk kesihatan.

Google ads masih ringankan peraturan untuk sesetengah jenis produk atau content yang sensitif.

Untuk iklan kesihatan, sesetengah daripadanya boleh diiklankan, tapi ada juga jenis produk kesihatan yang memang takboleh disiarkan.

Ada yang dah dibanned di sesetengah negara. Anda perlu buat semakan terlebih dahulu sebelum buat iklan ya.

Untuk info mengenai iklan apa yang Google HADKAN untuk anda buat, sila klik sini.

Kesimpulannya, semua bergantung kepada bisnes anda. Jenis produk, dan juga jenis audiens.

Jika anda menawarkan sesuatu yang memerlukan visual atau anda dah tahu siapa target audiens, maka Facebook Ads adalah platform yang sesuai.

Jika bisnes anda bersifat local (seperti servis, kedai makan) dan anda ingin proses pengguna cari anda, Google Ads adalah tempatnya.

Senang kata, untuk dapatkan base brand anda, jawapnnya adalah FACEBOOK ADS.

Untuk dapatkan leads yang dah ready nak beli terus, jawapannya adalah GOOGLE ADS.

“Saya nak dapatkan leads, tapi nak dapatkan base juga untuk brand saya. Macam mana tu?”

Gunalah dua-dua. Takde masalah pun😂

Rasa info ni berguna? Share lah dengan kawan-kawan supaya kita dapat peroleh manfaat bersama-sama. Stay tunes untuk next post !

Ada soalan online marketing? Jom tanya di ruangan komen di bawah.

Tentang DMM.com

Kami tulis tentang online marketing berdasarkan pengalaman dan data yang kami dapat sepanjang memberi servis online marketing kepada klien-klien kami.

Post Terkini

Jom Follow Kami

Video Online Marketing