DIGITALMARKETING MALAYSIA.COM

Belajar Ad Account Di Facebook Dengan Mudah

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Akaun Iklan atau lebih dikenali Ad account di facebook adalah satu platform yang harus kita fahami dan mengendalinya dengan teliti.

Ramai dah tahu ad account ni tapi..masih lagi terganga nak buat macam mane. Bila bukak je tengok, kenapa la complicated sangat niiiih. waduh2..pening nye kepala….

Jangan risau, kami akan bantu anda dengan menerangkan segalanya untuk memudahkan segala urusan pengiklanan. Jom tengok di bawah.

1.Klik Shortcut Ads Manager

Pergi ke laman utama facebook untuk cari Ads manager di sebelah kiri dan klik. Button Ads Manager ini adalah untuk menyenangkan anda mencarinya dengan mudah.

2. Ads Manager

Anda akan terus ke personal account dan ini adalah Ads Manager yang disediakan oleh facebook.

Di sini lah untuk anda buat iklan facebook!

Kotak warna jingga di atas adalah nama dan nombor id untuk ad account .

3. Campaign, Ad Sets & Ads

Jika anda lihat betul2, di sini facebook telah menyediakan 3 struktur untuk penyiaran iklan iaitu Campaign, Ad Sets & Ads

Campaign

Anggaplah kempen itu sebagai asas iklan anda. Apabila anda memutuskan untuk menyiarkan iklan, anda akan selalu memulakan dengan kempen.

contoh campaign

Di sini, anda akan memilih objektif iklan, seperti Promosikan Halaman Anda, yang menentukan apa yang anda mahukan iklan anda dicapai.

Contohnya, jika anda mempromosikan Halaman anda, iklan anda akan dioptimumkan untuk mendapat lebih banyak suka di Halaman Facebook perniagaan anda..

contoh optimize

Check list kempen:

+ Pilih objektif.
+ Mula membuat set iklan anda.

Ads Set

Satu set iklan memberitahu iklan anda bagaimana untuk dijalankan.

Di tingkat set iklan, anda akan membuat audience untuk iklan anda menggunakan pilihan penyasaran Facebook.

Anda akan menentukan khalayak anda dengan memilih perkara seperti lokasi, jantina, umur dan banyak lagi.

Anda juga akan membuat anggaran dan menetapkan jadual untuk iklan anda dan memilih penempatan anda.

Perlu diingat bahawa kempen boleh merangkumi beberapa set iklan, masing-masing dengan pilihan penyasaran, penjadualan dan penganggaran yang berbeza.

Check list set iklan:

+ Bina Penonton anda.
+ Tetapkan anggaran dan jadual anda.
+ Pilihan: tetapkan tawaran anda.
+ Mula membuat iklan anda.

Ads

Iklan anda adalah yang akan dilihat oleh pelanggan atau khalayak anda.

Di peringkat iklan, anda akan memilih kreatif iklan anda, yang mungkin merangkumi perkara seperti gambar, video, teks dan butang ajakan bertindak.

Perlu diingat bahawa anda boleh mempunyai banyak iklan dalam satu set iklan.

Check List iklan:

+ Muat naik gambar, berbilang gambar atau video.
+ Isi perincian iklan anda seperti teks dan tajuk yang anda mahukan iklan anda.

4. Menu Campaign

Nampak tak bawah struktur Campaign? yup, ini adalah menu campaign untuk anda start mereka cipta iklan.

5. Task Bar

Jika anda melihat di sebelah kiri, anda menemui taskbar sperti gambar di bawah. Taskbar ini adalah untuk pergi ke platform lain yang berkaitan seperti,di bawah

Business Home

Business home akan memaparkan kepada anda ad account yang telah anda pasarkan dengan lebih detail iaitu (ad account performance). Bukan itu sahaja, ia juga menyekalikan salepage yang telah anda gunakan di bawah.

column di belah kanan (Alert) memaparkan iklan yang telah direject oleh facebook untuk anda.

Business Tools

Business tools akan memaparkan banyak lagi item untuk pengiklanan dengan lebih detail.

Di dalamnya terbahagi kepada dua bahagian dimana satu bahagian adalah untuk shortcut dan di bawahnya adalah sub item yang berkaitan.

Apa yang ada di dalam Business Tools?.

Ad Account Settings

Ad account settings terbahagi kepada dua bahagian. Di sebelah kiri akan menembusi platform biling/payment dan di belah kanan pula akan menghantar anda terus kepada business settings.

Di payment settings, anda boleh setkan bank akaun pembayaran untuk pemasaran iklan.

Ini adalah contoh payment settings anda

Billing

Billing atau kata nama lainya payment adalah khas untuk pengurusan pembayaran pemasaran iklan di facebook.

Jika anda tidak mengemaskinikan billing dan payment terlebih dahulu, iklan yang ingin disasarkan tidak akan berjaya.

Billing adalah kunci terakhir untuk anda menjayakan penyiaran iklan.

paparan billing

Walaupun, payment setting dan billing agak sama. Tetapi, Billing ini ada lebih banyak butiran mengenai caj yang telah anda klik.

Contohnya, tarikh anda membuat pembayaran, jumlah yang anda bayar, alasan anda dikenakan bayaran dan iklan yang anda belanjakan.

Account Quality

Facebook melancarkan papan pemuka ‘Kualiti Akaun’/Account Quality yang dikemas kini dalam Pengurus Perniagaan.

Dirancang untuk membantu page admin dan support staff detect setiap iklan yang ditangguhkan atau posting yang terkena impak akibat pelanggaran peraturan atau tindakan penguatkuasaan lain, serta menerangkan alasan masing-masing dengan lebih baik.

contoh akaun iklan yang sudah di restrict

Senarai Akaun Quality mengandungi maklumat keseluruhan lengkap mengenai:

+ Pelanggaran Piawaian Komuniti Terkini.
+ Kandungan yang dikongsi oleh Page anda yang dinilai oleh penyemak fakta pihak ketiga.
+ Pelanggaran hak harta intelek.
+ Kandungan yang dikongsi oleh Halaman anda yang telah dikenal sebagai click-bait.
+ Pelanggaran kerana berkongsi terlalu banyak kandungan dari sumber lain.
+ Turunkan acara.
+ Catatan pekerjaan yang dikongsi oleh page anda yang dikenalpasti menyesatkan, menipu atau scammer.
+ Kandungan yang diberikan oleh Page anda dimana ianya tidak layak mendapat cadangan

Automate Rule

Peraturan automatik dapat membantu anda menguruskan banyak iklan yang disiarkan pada masa yang sama.

Ibaratnya anda akan memberikan mereka arahan untuk menjaga buka atau tutup iklan dalam penyiaraan bagi menentukan sama ada ia berbaloi untuk diteruskan atau pun tidak selama 24 jam.

Di sini, anda boleh jimatkan modal dengan lebih cermat.

Fikirkan perkara yang sering kita periksa dan tindakan seterusnya yang anda lakukan di Ads Manager. Contohnya, tanyakan pada diri sendiri:

+ Adakah anda hentikan iklan berprestasi rendah apabila ianya mencecah harga yang mahal?
+ Adakah anda meningkatkan anggaran anda jika sebilangan orang mengklik iklan anda?
+ Adakah anda meningkatkan bid jika jumlah perbelanjaan harian anda di bawah jumlah tertentu?
+ Adakah anda meningkatkan anggaran berdasarkan pulangan perbelanjaan iklan (ROAS)?
+ Adakah anda mematikan kempen tertentu setiap hari Jumaat?

Notification

Jika anda klik notification ini, ia akan menunjukkan kepada anda iklan yang telah disiarkan samada di reject, diterima dan sebagainya.

Expand

Button expand adalah untuk mengembangkan atau menunjukkan hidden button di dalam taskbar.

contoh gambar button expand

6. Side Taskbar

Eh-eh, perasan tak ada lagi extra taskbar di sebelah kanan? Yup, itu lah side bar. Side taskbar ini ada 4 toggle button dimana ianya berfungsi sebagai shortcut untuk editing campaign yang sudah di publish.

See Chart

See chart menunjukkan anda segala detail performance bagi setiap campaign yang telah disiarkan.

contoh see chart

Edit

Di sini anda boleh meng-edit campaign anda dengan lebih mudah dan cepat

See History

Namanya pun see history bukan?..jadi ianya khas untuk lihat apa yang telah anda lakukan pada setiap campaign.

Inspect

Inspect adalah khas utuk Ad set sahaja. Jadi anda harus klik di ad set yang diinginkan, ia akan memaparkan gambara seperti di bawah.

TAHNIAH!! anda sudah pun melangkah setapak ke hadapan untuk membuat iklan anda di facebook. Selepas ini, anda boleh membuat campaign untuk menghantar iklan ke seluruh dunia.

Jika anda ingin mempelajari cara untuk membuat iklan,

klik di sini 👉 Membuat Campaign & Iklan

Semoga maju jaya!! jangan lupa share2 ilmu ini dengan kawan-kawan ye! nak ambil berkat la katakan.

Create Ad Account Facebook

Ada soalan online marketing? Jom tanya di ruangan komen di bawah.

Tentang DMM.com

Kami tulis tentang online marketing berdasarkan pengalaman dan data yang kami dapat sepanjang memberi servis online marketing kepada klien-klien kami.

Post Terkini

Jom Follow Kami

Video Online Marketing