DIGITALMARKETING MALAYSIA.COM

Kelebihan Menggunakan FB Pixel Dalam Website

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Untuk mereka yang sudah lama berkecimpung dalam dunia pemasaran online, mesti dah tahu apa itu PIXEL dan apa kelebihannya untuk website!

Yang masih tak tahu menahu, jangan risau… post kali ni khas ditujukan untuk anda yang masih keliru, FB pixel ni apa sebenarnya.

Kalau ada angan-angan nak mulakan bisnes online, anda WAJIB tahu apa FB pixel ni. Penting untuk masa depan bisnes anda.

Lebih-lebih lagi kalau yang memang buka bisnes yang berasaskan online platform dan antaranya adalah di Facebook.

Sebelum tu, kalau ada yang tercari-cari service online marketing, klik sini untuk info lanjut.

Kalau taknak ambil tahu, anda dah tergolong dalam golongan orang-orang yang rugi tau. Nak ke?

Ni untuk yang tak tahu apa itu FB pixel :

1. Apa itu FB Pixel?

Pixel ataupun Facebook Pixel adalah dikenali sebagai salah satu kod javascript untuk diletakkan dalam sesebuah website.

“Apa fungsi utama pixel ni?”

Ni anda WAJIB tahu! Ianya tak lain tak bukan adalah sebagai pengumpul data pengguna ataupun visitor yang ke website anda. Hebat kan?

Mesti ada yang tertanya-tanya, kenapa nak kena set up pixel pulak.

“Bisnes okay je, saya takde pixel pun,”

Apa salahnya kalau anda figure out sesuatu yang boleh membawa benefit kepada masa depan bisnes anda. Bukan untuk orang lain pun.

Anda patut bersyukur FB pixel ni wujud.

Sebab apa?

Anda boleh buat ads yang lebih baik di masa akan datang hasil dari data-data yang dikumpul.

Dah tahu apa FB pixel kan? Jom tengok kelebihan-kelebihannya pulak huhu

2. Sebagai FB Retargetting

Data-data telah yang dikumpulkan akan digunakan balik untuk paparkan semula iklan kepada pengguna-pengguna yang pernah ke website anda.

“Macam mana pulak tu?”

Contohnya macamni, pengguna yang berminat dengan design ads dan copywriting tentang produk anda di FB, buat keputusan nak tahu

info lanjut mengenai produk anda. Jadi, mereka terus klik link website yang telah anda sediakan di bawah.

Tapi, malangnya pengguna tadi tak jadi pula nak beli.

Dengan adanya Fb pixel ni, anda boleh paparkan kembali iklan tadi ke pengguna-pengguna yang dah tekan ‘Add To Cart’ tapi tak beli.

Wow, menarik kan? Orang kata kalau dah tengok iklan yang sama berulang kali, mesti akan beli punya! Betul ke? ๐Ÿ˜‚

3. Sebagai FB Conversion Tracking

Ini lagi menarik guys! Dengan adanya FB pixel, anda boleh check sendiri berapa ramai pengguna yang dah berinteraksi dengan website anda!

Proses ni terjadi bila pengguna lihat ads yang anda buat. Kalau macamni, mudah lah untuk anda check traffic keluar masuk website anda.

Bukan setakat itu sahaja, siap boleh detect devices atau peranti apa yang pengguna pakai untuk akses website anda. Dahsyat kan?

Mesti ada yang ingat… “eh orang ni tau aku pakai phone apa, dia tahu jugak ke aku duduk mana, anak berapa, keje apa? Alamak…”

Bukan macam tu yee tuan, puan sekalian… ๐Ÿ˜…

Data-data tersebut berguna nanti untuk tingkatkan strategi pemasaran kita! Taknak ke macamtu???

Mestilah akan ada yang perlu kita baiki untuk setaraf dengan pesaing yang mempunyai lebih banyak traffic.

4. Bantu Cipta Lookalike

Anda tahu tak yang Facebook boleh gunakan targetting data untuk bantu anda set Lookalike Audience nanti.

Lookalike Audience ni adalah pengguna yang mempunyai data, interest atau demografik yang hampir serupa dengan pengguna lain.

Pengguna-penggu tu pulak pernah ke website anda.

Ini adalah antara fungsi terbesar FB pixel untuk tingkatkan lagi pengguna yang berpotensi untuk jadi customer kita.

Selain tu, FB pixel ni jugak akan betul-betul paparkan iklan pada pengguna yang kita dah target dalam demografik.

Jadi mana-mana yang bukan dalam target anda, memang takkan nampak iklan yang anda buat dan takkan masuk ke website anda.

Melainkan, kot ada kawan-kawannya yang anda ‘target’ promote kepada mereka yang bukan dalam list anda.

Rezeki lah maksudnya, kan?๐Ÿ˜‹

Bukan sikit tau pengguna yang ada minat atau interest yang sama. Semuanya tidak terbatas.

Kesimpulannya, FB pixel ni memang sesuai untuk anda yang sedang buat bisnes dan ingin tingkatkan sales dan traffic ke website.

Untuk zaman moden macam sekarang ni, dah takde alasan lagi untuk tidak jadi lebih produktif dan cari jalan untuk tingkatkan traffic website anda.

Semoga post kali ini berguna untuk anda yang masih tertanya-tanya FB pixel tu apa.

Untuk yang dah dapat ilmu ni, rajin-rajinkan share untuk kawan ye, jangan simpan untuk diri sendiri je.

Diharapkan, kita semua memperoleh manfaat bersama. Selamat maju jaya!

Ada soalan online marketing? Jom tanya di ruangan komen di bawah.

Tentang DMM.com

Kami tulis tentang online marketing berdasarkan pengalaman dan data yang kami dapat sepanjang memberi servis online marketing kepada klien-klien kami.

Post Terkini

Jom Follow Kami

Video Online Marketing