DIGITALMARKETING MALAYSIA.COM

JOM KENALI 3 JENIS WEBSITE UTAMA UNTUK BISNES ANDA !

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Anda baru nak mulakan bisnes? Nanti dulu… jangan terburu-buru kalau takmahu menyesal di kemudian hari !

“Kenapa nak menyesal pula?”

Iyalah, bila takde guide dan kalau tersalah langkah macam mana? Susah nanti, menangis tak berlagu lah jawabnya. Belum lagi sebut pasal rugi.

Perniagaan tanpa website memang takkan lengkap ! Senang kata, zaman sekarang ni, semuanya dah ada website walaupun bisnes kecil-kecilan.

Makcik-makcik, pakcik-pakcik yang duduk pendalaman pun boleh buat bisnes online untuk kedai runcit dorang, sebab memang mudah.

Sekarang ni semuanya di hujung jari.

Untuk anda yang perlukan website untuk bisnes anda, boleh klik sini.

Jom kami terangkan kat anda 3 jenis website yang wajib anda tahu untuk bisnes anda!

1.WEBSITE E-COMMERCE

Tahu tak E-Commerce ni apa?

Walaupun zaman dah serba moden, tapi masih ramai lagi yang kurang faham dan ada yang tak tahu tentang E-Commerce ni.

E-Commerce termasuk di dalam kategori online shopping. Sebab ia melibatkan transaksi komersial / perniagaan yang berlaku di

atas talian (online). So, kalau anda dah ada website yang menjual produk secara online DAN memproses bayaran secara online,

maknanya anda dah ada website jenis E-Commerce ni.

Sekarang dah ramai yang pilih untuk gunakan website jenis ni sebab peluang untuk tingkatkan sales tu agak tinggi.

Ditambah pula dengan pengurusan yang sistematik dan automatik. LAgi bertambah mudah lah kerja-kerja businessman/women di luar sana!

Sebab apa?

Semua pengurusan adalah berdasarkan elektronik, confirmlah jimat kos syarikat! Betul tak???

Nak tahu tak apa yang bestnya website jenis E-Commerce ni?

  • Simpan data berharga pelanggan. Dari sini, anda akan memperoleh demografik yang akan bantu anda tingkatkan sales!
  • Tak perlu susah-susah beritahu cara nak buat bayaran. Sebab pembayaran semua online. Dorang cuma pilih je nak bayar pakai bank apa.
  • Tambah offer menarik untuk bisnes online anda. Contohnya bagi diskaun ke, email invois, resit secara automatik, bagi points, dan live chat.

Menarik kan? Ada pelbagai lagi feature yang ada untuk anda explore!

Contoh website yang guna jenis E-Commerce adalah Shopee, Lazada, Zalora dan macam-macam lagi yang berada dalam gadget kita sekarang.

Ada yang berminat? hehe🤭

2.WEBSITE LEAD GENERATION

So, apa sebenarnya lead generation website ni?

Sebagai usahawan, objektif utama anda adalah convert mereka (visitors) yang singgah website anda kepada leads.

Sebab yang singgah tu berkemungkinan minat atau tak minat dengan apa yang anda tawarkan. Jadi, macam mana nak buat mereka tertarik?

Itulah kerja anda sebenarnya. ‘Pujuk’ mereka, tarik perhatian mereka dan bagi mereka sebab kenapa mereka patut tertarik dengan tawaran anda.

“Macam mana nak tahu ada leads ke takde?”

Mudah je, kalau dorang tengok video yang anda letak kat website, baca copywriting ringkas anda, sanggup scroll down, dan

masukkan maklumat mereka untuk isi borang (book atau contact company anda untuk info lanjut), TAHNIAH! Itulah dinamakan LEADS!

Bila dah ada leads, pastikan dorang terus menerus tertarik dengan apa yang anda ada, sampailah ke fasa ‘placing an order’.

Website jenis lead generation sesuai untuk anda yang ingin promote bisnes anda dalam bentuk brochure atau katalog yang menarik.

Berbeza dengan website lain, lead generation bukan untuk inform terlalu detail kat pengguna. Sebaliknya, lead website menggalakkan pengguna

untuk kekal berhubung dengan syarikat anda melalui signing up untuk kekal update dengan perubahan dari semasa ke semasa.

Cara ini mungkin adalah pilihan kepada mereka yang masih belum buat keputusan untuk contact syarikat anda ke tidak.

Berikut adalah tips yang boleh anda follow untuk website leads :

  • Sertakan contact, live chats dan pelbagai alternatif untuk memudahkan pengguna berhubung dengan anda.
  • Pastikan Google jumpa review website. Sebab ada di antara pengguna yang sensitif, dorang akan baca review dulu.
  • Tingkatkan creativity website dengan adanya item sokongan seperti gambar, video, infografik atau blog post.
  • Elakkan terlalu ‘push’ dengan CTA (Call-To-Action) sampai tiada option lain untuk mereka yang belum buat keputusan. Kalau macamni, boleh hilang leads.

Sementara tu boleh klik sini untuk lihat contoh lead generation punya website.

Good luck untuk anda yang baru nak mula !

3.WEBSITE CORPORATE

Kami percaya anda mesti pernah dengar punya website jenis corporate ni. Sebab kebanyakkan syarikat-syarikat di Malaysia akan guna

website jenis corporate.

“Website corporate ni apa?”

Contoh terbesarnya adalah portal rasmi kerajaan Malaysia yang memang semuanya berbentuk corporate untuk tampil lebih fomal dan professional.

Tapi, portal berbentuk lebih informatif, penyimpan data dan mempunyai sistem pengurusan yang khas.

Kebiasaannya, website corporate lebih pentingkan profil syarikat atau mempamerkan brand sesebuah syarikat.

Kalau nak info lanjut, pengguna kena contact anda. Jangan lupa masukkan sekali Google map untuk pengguna walk-in terus ke office anda.

Website berbentuk corporate ni terdapat beberapa element penting atau basic yang WAJIB ada dalam website anda.

Antaranya adalah :

  • Introduction syarikat
  • Visi dan misi
  • Product
  • Services
  • News
  • Event
  • Customer relations
  • Contact
  • Portfolio

Kesemua element-element penting ni boleh dibahagikan dalam beberapa ruangan untuk memudahkan pengguna yang singgah.

Kalau dah namanya corporate, anda WAJIB follow guidelines yang betul dalam penyediaan website.

Anda perlu titikberatkan soal web designer and, pastikan info-info penting seperti achievement syarikat, cara pengguna nak contact anda dan objektif

syarikat dipaparkan secara jelas untuk pengguna untuk kemudahan semua.

Semoga post kali ni berguna untuk anda semua yang stengah mencari-mencari info penting pasal website.

Kalau ada masa, boleh lah singgah ke website kami untuk dapatkan khidmat service online marketing yang lengkap dari A-Z.

Harga pun memang kena dengan service. Mana nak cari lagi? Huhu.

Ada soalan online marketing? Jom tanya di ruangan komen di bawah.

Tentang DMM.com

Kami tulis tentang online marketing berdasarkan pengalaman dan data yang kami dapat sepanjang memberi servis online marketing kepada klien-klien kami.

Post Terkini

Jom Follow Kami

Video Online Marketing