Cara Nak Mulakan Online Marketing Untuk Bisnes Anda
Sekiranya anda seorang peniaga produk ataupun servis, anda perlu tahu kewujudan dan kegunaan website. Website ini sangat penting dan berguna untuk perkembangan bisnes anda. Lagi-lagi bagi anda yang baru menceburi dalam bisnes online.
Berniaga online tanpa mempunyai sebuah website adalah seperti anda tiada bisnes. Ini kerana, segala perkara boleh didapatkan di hujung jari. Jadi, bisnes anda juga perlu seiring dengan teknologi semasa. Banyak keuntungannya sekiranya anda mempunyai website sendiri untuk bisnes anda.
Kepentingan Website
Antara kepentingan website adalah pengguna akan mudah mendapat maklumat dan informasi tentang bisnes anda. Segala info seperti latar belakang, lokasi anda berniaga, maklumat tentang bisnes, produk atau servis anda dan juga sama ada bisnes anda ini berdaftar ataupun tidak. Website ini boleh dikatakan sebagai kaunter pertanyaan bagi bisnes anda.
Selain itu, website dapat meningkatkan kredibiliti atau autoriti anda sebagai peniaga. Ia menunjukkan bahawa anda serius dengan bisnes yang anda bina. Maklumat yang lengkap membuatkan orang akan lebih percaya dan yakin dengan bisnes anda.
Dengan adanya website, ia akan memudahkan carian di Google. Anda boleh mengindekskan carian bisnes anda di Google secara percuma dengan adanya website. Ianya dipanggil sebagai Search Engine Optimization (SEO). Google akan memaparkan website anda apabila terdapat carian penggunaan keyword yang berkaitan dengan bisnes anda.
Bukan itu sahaja, dengan adanya website ini, anda mempunyai peluang yang lebih besar untuk mengembangkan bisnes anda. Bisnes anda juga akan menjadi lebih maju kerana ramai orang semakin yakin dengan bisnes online anda.
Selain itu juga, anda dapat mengumpul database pelanggan anda sekiranya anda mempunyai website bisnes anda tersendiri. Database ini digunakan untuk anda retarget audience anda. Anda boleh gunakan Pixel untuk track orang yang masuk ke dalam website anda bagi mendapatkann database mereka. Cara ini akan membantu anda untuk target audience yang lebih spesifik.
Bagi anda yang baru nak mulakan online marketing ini, anda juga boleh membina platform followers dengan menggunakan Telegram channel. Telegram channel ini merupakan medium penyiaran maklumat dengan cara komunikasi satu hala. Hanya admin sahaja yang boleh post dalam channel tersebut. Kemasukan ahli ke dalam telegram channel ini adalah tidak terhad dan ahli yang baru mampu untuk melihat post yang terdahulu.
#1 Penggunaan Telegram Channel
Kelebihan menggunakan telegram channel ini adalah setiap maklumat yang di hantar berjaya sampai ke setiap ahli. Setiap ahli hanya boleh melihat jumlah orang yang join ke channel tersebut dan ini akan menunjukkan kredibiliti anda. Ahli juga tidak akan dapat mencuri prospek atau nombor telefon dalam channel tersebut kerana mereka tidak akan nampak siapa yang join.
#2 Penggunaan Email List
Selain daripada itu, anda juga boleh membina platform followers dengan menggunakan email list. Email list ini mampu untuk mencapai lebih ramai audience setiap masa. Statistik Statista terkini menunjukkan bahawa terdapat 3.7 bilion pengguna email di seluruh dunia. Dalam tempoh empat tahun, angka ini telah meningkat ke 4.3 bilion.
Engagement melalui email adalah tinggi berbanding yang lain. Berdasarkan Help Scout data, kempen yang menumpukan email marketing mencapai 59 peratus open rate dan 31 peratus click-through rate.
Tambahan pula, menurut tinjauan dalam kalangan peniaga Amereka Syarikat, email list boleh menyampaikan ROI sebanyak empat klai lebih tinggi berbanding saluran digital yang lain. Kajian dariapda Ascend2 menyatakan bahawa email dan media sosial adlah saluran terbaik untuk menjana lead.
#3 Penggunaan Push Notification
Penggunaan push notifications juga mampu untuk mengembangkan lagi platform followers anda. Anda boleh engage dengan followers website anda secara terus dengan menggunakan push notifications ini. Capai pengguna sama ada menggunakan web dekstop ataupun web mudah alih walaupun ketika mereka tidak berada di dalam website anda.
Push notification ini merupakan gaya mesej alert yang terdapat di sudut atas atau bawah sebeleh kanan skrin desktop anda atau pada telefon bimbit anda lebih kurang seperti notifikasi yang muncul pada telefon anda yang dihantar dari aplikasi.
#4 Penggunaan Chatbot
Anda juga boleh menggunakan chatbot untuk membina platform followers anda. Chatbot merupakan layan digital yang mampu untuk melakukan percakapan di sebuah aplikasi. Ia boleg memberikan layanan selama 24 jam tanpa henti. Berbanding layanan daripada pekerja, chatbot boleh menjawab pertanyaan pelanggan dengan lebih cepat.
Dengan berkembangnya bisnes anda, anda berkemungkinan tidak cukup tangan atau masa untuk melayan pelanggan anda. Jadi, penggunaan chatbot ini dapat membantu. Malah, anda juga dapat follow up dengan pelanggan yang berpotensi dengan mudah.
Cara lain bagi anda yang baru dalam bisnes online ini untuk mengembangkan bisnes adalah dengan follow up followers melalui blog content yang mengikut SEO. Kongsi maklumat yang berkaitan dengan produk atau servis anda kepada followers. Dengan cara ini, mereka akan sering kembali kepada website anda.
#5 Offer Yang Menarik dan Menguntungkan
Akhir sekali, anda perlu menjual dengan offer yang menarik dan menguntungkan. Bukan semua orang mampu untuk membeli produk atau menggunakan servis anda sekaligus. Maka, anda perlu pandai dalam menawarkan harga yang berpatutan kepada pelanggan, dalam masa yang sama juga menguntungkan anda.
Bila-bila anda bersedia, jom mulakan kempen pemasaran online bersama kami. Untuk info tentang servis kami sila klik link di bawah: