DIGITALMARKETING MALAYSIA.COM

Buat Website: Apa Kepentingannya?

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Kepentingan buat website untuk bisnes memang banyak sebenarnya.

Lebih-lebih lagi zaman sekarang ni semua di hujung jari, segala info, maklumat adalah lebih pantas diperolehi melalui Internet. Begitu juga dengan website,

semua sedia maklum kepentingan website untuk bisnes masing-masing.

Kebanyakan peniaga atau usahawan akan memerlukan website untuk memudahkan proses jual beli, lebih cepat dikenali ramai & mendapat tempat di pasaran.

Tapi, betul ke masih ada yang rasa buat website ni macam tak berapa penting?

“Bisnes sy kecik jer, rasa takperlu kot ada website…”

Baru nak mula memang lah kecil-kecilan, tapi anda mesti nak kembangkan lagi bisnes, cari peluang yang lebih besar.

Kalau harapkan jiran-jiran terdekat je yang tahu, alamatnya memang tak kemana.

Kalau imbas semula 10 hingga ke 20 tahun lepas memang lah tak berapa penting, tapi kalau nak dibandingkan dengan sekarang, sangat jauh perbezaannya.

Senang kata, apa-apa bisnes pun wajib buat website atau laman web untuk membentuk perniagaan yang baik.

Apa kata kita tengok dulu apa yang penting sangat ada website ni?

1. PERNIAGAAN MUDAH DICARI

Bila ada yang search nama produk atau servis yang sama dengan apa yang syarikat anda tawarkan, website syarikat anda akan muncul jika relevant.

Dengan adanya website, setiap info & maklumat produk syarikat anda boleh disampaikan secara meluas.

Lebih penting lagi, anda boleh susun informasi yang sesuai macam video, teks, gambar produk & pautan ke laman sosial & sebagainya.

Kebiasaannya, pengguna nak tahu keberadaan syarikat anda, betul atau tidak syarikat ni wujud & bukan scammers.

Lagipun, mudah pengguna nak beli atau langgan servis dari syarikat anda tanpa perlu ke premis perniagaan. Bayangkan kalau pengguna dari Alor Setar berminat, premis anda di Bangsar,

disebabkan premis anda jauh, pengguna tersebut pun batalkan niat nak beli. Kan dah rugi…

Haa… mesti anda dah boleh bayangkan seandainya syarikat anda masih tiada website, kan?

Susah untuk pengguna luar dari kawasan anda berada untuk tahu kewujudan bisnes anda.

Mana tahu suatu hari nanti produk atau servis anda berpotensi melebarkan sayap hingga ke luar negara… kan terlepas peluang tu kalau tiada website.

Nak buat website dengan mudah? Jom kami bantu anda.

2. Website Serba Boleh

Ramai yang tak tahu sebenarnya bila dah ada website, anda secara tak langsung sedang menjalankan perniagaan secara berterusan tanpa mengira waktu cuti & rehat.

Dengan adanya website, urusan order & proses pembayaran adalah lebih mudah. Tak perlu lagi bersusah payah buat kiraan sales secara manual atau buat semakan pembayaran satu-satu.

Sesetengah laman web berkemampuan pamerkan laporan sales harian/bulanan/tahunan bisnes anda.

Bukan tu jer, anda boleh tahu setiap aktiviti yang berlaku dalam website anda hanya dengan menggunakan tool Google Analytics.

Tool tersebut membenarkan anda melihat berapa ramai pengguna yang keluar masuk, sedang melawat website anda & sebagainya.

Tugas anda hanya perlu pastikan pengguna yang masuk ke website anda, berjaya jadi pelanggan & beli, langgan produk dari syarikat anda lagi pada masa akan datang.

Kami menyediakan perkhidmatan penyediaan website terbaik. Klik jer sini.

3.Kumpul Pelanggan Tetap Website

Jika anda mempunyai website sendiri, bermaksud anda akan ada pelawat yang berpotensi jadi pelanggan.

Bayangkan dalam jangka masa panjang, pelawat tersebut menjadi pelanggan tetap anda yang akan sentiasa kembali dalam suatu tempoh untuk beli/ langgan servis dari syarikat anda.

Sebenarnya, mereka inilah penyumbang kepada faktor kemajuan bisnes anda pada masa akan datang.

Dengan adanya website, pengguna mudah untuk kembali & melihat jenis produk yang mereka cari berulang kali tanpa mengira waktu.

Lebih-lebih lagi laman web boleh dijadikan sebagai bookmark & favorite.

Selain dari tu, website juga berperanan sebagai pengumpul data base pelanggan.

Dengan adanya database tersebut, anda boleh follow-up dengan pengguna atau pelanggan anda dengan meminta mereka untuk melanggan newsletter atau

membenarkan pihak syarikat anda menghantar e-mail untuk promosi menarik, info produk terbaru & sebagainya.

Dengan cara ini, pengguna yang berminat akan kembali ke website anda & jika isi kandungan website anda cukup baik serta menarik,

pautan website anda berkemungkinan dikongsikan oleh pengguna di media sosial.

Maka peluang untuk bisnes anda berkembang dengan lebih meluas adalah besar!

Nampak tak betapa pentingnya ada website untuk bisnes anda.

Berminat nak hasilkan website untuk perniagaan anda? Jom hubungi kami disini.

4.Mewujudkan Daya Saing

Seandainya ada syarikat yang mempunyai produk sama dengan anda, lebih maju, lebih dikenali ramai & banyak feedback positif dari pengguna disebabkan mereka ada website, apa yang patut anda lakukan?

Mestilah kena ada website juga. Itu bermaksud, mereka sudah 1 langkah ke hadapan berbanding anda yang tidak mempunyai website!

Jika anda berjaya bina website sendiri, anda telah pun mewujudkan satu tahap daya saing yang sihat

& bagus serta boleh meningkatkan kredibiliti syarikat anda pada masa akan datang.

“Bersaing? Macam mana tu…”

Macam-macam anda boleh buat & perbaiki setaraf pesaing yang lain:

  • Tingkatkan lagi kualiti website dari segi design, isi kandungan & copywriting.
  • Buat penambahbaikan berdasarkan website pesaing yang dirasakan lebih baik.
  • Tambah testimoni produk atau servis dari semasa ke semasa untuk rujukan pengguna.

Cuba anda buat sedikit website research untuk mana-mana syarikat pesaing yang pasarkan produk yang sama dengan anda

& lihat sendiri bagaimana mereka susun isi kandungan masing-masing.

Cara ini boleh meningkatkan lagi tahap kreativiti, membuka minda & mungkin mereka ada sesuatu yang syarikat anda tak terfikir untuk buat.

Bila website nampak profesional, terima banyak komen positif & makin dikenali ramai,

syarikat anda mungkin berpotensi bergabung dengan syarikat lain untuk menjalankan perniagaan secara usaha-sama!

Menarik kan?

Nampak tak betapa besar potensi anda untuk mengembangkan bisnes anda dengan adanya website.

Jom kami bantu anda bina website dengan jaya!

5.JIMAT MASA & TENAGA

Pernah tak anda ternampak ada satu section dalam website khas untuk FAQ jer?

“FAQ tu apa ya?…”

FAQ atau Frequently Asked Questions (soalan lazim) ni wajib anda letak supaya setiap persoalan

yang kerap ditanya oleh pengguna terjawab tanpa memerlukan jawapan terus dari anda.

Tahu tak macam mana nak buat ayat FAQ ni? Kami boleh bantu anda siapkan website terus.

Dengan adanya FAQ ni, secara tak langsung anda berjaya jimat kos khidmat pelanggan, tenaga & masa.

Takkan lah nak duduk depan laptop jer jawab soalan punya pasal kan?

Soalan-soalan ni bertujuan untuk menawarkan lebih banyak maklumat untuk pengguna atau pelanggan.

Kadang-kadang soalan yang pengguna tak terfikir pun, tengok-tengok dah ada jawapan.

Dengan cara ni, pengguna akan rasa syarikat anda ni cekap & komited untuk bantu pengguna & bakal pelanggan.

Semoga info kali ni boleh bantu anda buka mata, buka minda tentang kepentingan buat website untuk bisnes!

Hubungi kami kalau anda berminat nak buat website lengkap.

Ada soalan online marketing? Jom tanya di ruangan komen di bawah.

Tentang DMM.com

Kami tulis tentang online marketing berdasarkan pengalaman dan data yang kami dapat sepanjang memberi servis online marketing kepada klien-klien kami.

Post Terkini

Jom Follow Kami

Video Online Marketing