DIGITALMARKETING MALAYSIA.COM

Apa Nak Buat Bila Ad Account Kita Kena Flag?

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Apa Nak Buat Bila Ad Account Kita Flag?

Facebook Ads anda kena flagged? Apa yang dimaksudkan dengan akaun Facebook Ads kena flagged? Flag di sini dengan kata mudahnya adalah dibekukan, digantung, di’block’ atau di’blacklist’ daripada membuat ads di Facebook. Senang cerita, akaun tersebut dah tak boleh buat ads.

Mesti anda serabut dan tak tahu nak buat apa bila akaun anda kena flagged ni. Jadi, hari ini saya nak kongsikan apa yang anda kena buat kalau akaun Facebook anda kena flagged.

Tapi sebelum itu, saya nak kongsikan sebab utama kenapa akaun Facebook Ads anda boleh kena flagged.

Sebab paling utama adalah kerana anda tidak menghormati Facebook dan tidak patuh polisi pengiklanan yang telah ditetapkan. Ramai peniaga yang kadang-kadang buat iklan dan langgar je polisi pengiklanan Facebook.

Secara umumnya, anda telah mengiklankan perkara yang bersifat peribadi, atau berunsur seks, atau overclaim/menipu, atau kesalahan tatabahasa dan kata kesat, atau menggunakan jenama Facebook, ataupun menggunakan copyright/trademark/privacy pihak ketiga.

Polisi pengiklanan Facebook anda boleh baca di https://www.facebook.com/policies/ads/ atau di sini di mana saya ada kupas sedikit tentang polisi pengiklanan Facebook ni.

Bila dah kena flagged macam ni, baru serabut fikir apa nak kena buat. Jadi, apa langkah yang perlu anda buat untuk mengatasi masalah akaun Facebook Ads di flagged?

Gunakan Fungsi ‘Appeal’ Di Facebook

Sekiranya anda yakin anda tidak melakukan apa-apa kesalahan dan tidak melanggar polisi pengiklanan Facebook Ads, anda boleh memohon kembali akaun anda yang di flagged tersebut.

Caranya mudah sahaja, anda boleh pergi ke bahagian help Facebook dan isikan semua maklumat di bahagian ‘My ad account is disabled’. Anda akan mendapat respon daripada pihak Facebook dalam masa beberapa hari.

Lebih mudah jika anda mengaku kesalahan anda dan berjanji tidak akan mengulangi kesalahan yang sama. Sekiranya tidak berjaya juga, anda perlu terima hakikat dan cari akaun Facebook Ads yang baru.

Anda boleh pinjam akaun Facebook Ads orang lain dan jadikan anda admin di akuan Facebook tersebut. Ataupun anda boleh bina profile Facebook yang baru tetapi pastikan ada tidak terus buat iklan. Selepas beberapa minggu baru anda boleh mula buat iklan.

Gunakan Google Adwords

Sementara anda tenagh bian profile Facebook yang baru, anda bolehlah gunakan Google Adwords ni. Google Adwords ini adalah satu lagi channel marketing yang sangat powerful adalah Google Adwords.

Interface-nya agak sukar sedikit mungkin kerana anda sudah terbiasa dengan penggunaan Facebook Ads. Banyak butang-butang yang anda tidak pernah jumpa di Facebook anda akan nampak di Google Adwords ini.

Tetapi jangan risau, ianya lebih kurang seperti Facebook Ads juga cuma ianya mempunyai lebih banyak pilihan untuk mempromosikan iklan anda. Perkara yang paling best bila gunakan Google Adwords ni adalah, iklan anda akan keluar di mana-mana sahaja di internet.

Macam Lazada dan Agoda gunakan. Pernah tak anda rasa seperti iklan tersebut ‘mengikut’ jejak anda. Itulah dia penggunaan Google Adwords. Cara marketing ini memerlukan beberapa setting dan klik di Google Adwords dan iklan anda akan berada di seluruh internet.

Perasan tak button Skip Ad di video Youtube? Ini merupakan salah satu iklan yang anda boleh gunakan di Youtube. Iklan video anda akan dimainkan sebelum pengguna Youtube melihat video yang mereka inginkan.

Selain itu, anda juga boleh memilih fungsi tidak boleh skip. Paling best buat iklan di Youtube ini, jika pengguna skip iklan anda dalam masa 4 saat, anda tidak perlu bayar walau satu se npun kepada Google. Maknanya, iklan anda tadi adalah percuma! Menarik kan?

Secara kesimpulannya, anda tak perlu gelabah kalau Facebook Ads anda kena flagged. Mungkin ianya agak menyusahkan untuk membuat akaun baru dan sebagainya, tetapi ada banyak lagi cara untuk online marketing ini sebenarnya.

Oleh itu, bagi yang akaun Facebook Ads dah pernah kena flagged tu, berhati-hatilah selepas ini ketika membuat iklan di Facebook. Jangan main langgar je. Apa guna polisi pengiklanan Facebook tu kalau anda tak ikut?

Ada soalan online marketing? Jom tanya di ruangan komen di bawah.

Tentang DMM.com

Kami tulis tentang online marketing berdasarkan pengalaman dan data yang kami dapat sepanjang memberi servis online marketing kepada klien-klien kami.

Post Terkini

Jom Follow Kami

Video Online Marketing