DIGITALMARKETING MALAYSIA.COM

Cara Masukkan Produk ke Stesen Minyak Petronas

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Admin pasti ramai peniaga-peniaga di luar sana yang ingin memasukkan produk-produk mereka ke dalam Petronas.

Di sini saya akan ceritakan info yang saya dapat setelah menyertai bengkel usahawan di Shah Alam di mana mereka mengajak bos-bos empunya stesen minyak Petronas sendiri untuk mengajar cara nak memasukkan produk ke stesen minyak mereka.

Informasi-informasi ini hanya saya dapat melalui kursus secara oral, jadi untuk info yang lebih tepat anda boleh terus menghubungi pihak Petronas. Tetapi di sini anda akan dapatkan info-info kasar untuk anda lebih bersemangat nak masukkan produk anda di stesen-stesen minyak Petronas.

Cara pertama ialah dengan prosedur Listing. Prosedur ini memerlukan peniaga untuk terus ke Petronas Dagangan Berhad untuk meminta izin tempat meletakkan produk.

Melalui prosedur ini anda boleh memasukkan hampir kesemua jenis produk yang memang telah ada di stesen minyak hari ini. Contohnya air tin, air kotak, ais krim, coklat-coklat dan pelbagai lagi produk lain.

Cara ini memerlukan masa yang lama dari 2 tahun ke atas. Ada yang memerlukan masa sehingga 4 tahun barulah mereka dapat meletakkan produk mereka di stesen minyak Petronas.

Prosedur Listing ini kosnya agak tinggi juga. Untuk Listing Fee sahaja sudah RM5,000 untuk IKS. Manakala RM10,000 pula untuk syarikat lokal. Terdapat juga pelbagai kos lain seperti royalti jualan, fee jika ada chiller atau rak yang memakan ruang, serta SKU listing fee sebanyak RM1,500 per produk. Harga ini merupakan harga daripada seminar tersebut, jadi ada kemungkinan ia akan berubah pada masa akan datang.

Kos-kos tambahan ini berbeza mengikut produk dan keperluan produk anda untuk diniagakan jadi anda perlulah terus berhubung dengan pihak Petronas untuk mendapatkan anggaran kasar kos yang diperlukan.

Anda juga perlu memastikan kapasiti perniagaan anda cukup bersedia untuk menyediakan dan menghantar produk ke seluruh Malaysia barulah anda akan lulus prosedur Listing ini.

Kebaikan prosedur Listing ini ialah produk anda akan diutamakan untuk diletakkan di stesen-stesen minyak Petronas apabila telah lulus. Anda juga akan mendapat banyak stesen minyak sekaligus untuk meletakkan produk anda.

Masukkan Produk ke Stesen Minyak Petronas Melalui Kuota IKS

Cara kedua dan yang paling mudah untuk masukkan produk ke stesen minyak Petronas ialah dengan mendapatkan kuota IKS (Industri Kecil Sederhana). Sebanyak 5% kuota telah berjaya diasingkan oleh owner stesen minyak Petronas untuk dikhaskan kepada peniaga-peniaga kecil.

Untuk mendapatkan kuota dari 5% ini anda perlulah mempunyai produk yang sesuai untuk diletakkan dan produk tersebut perlulah cukup berkualiti sehingga dapat mengagumi owner stesen minyak Petronas itu sendiri.

Satu lagi kriteria penting untuk mendapatkan tempat ialah harga jualan serta nilai keuntungan produk anda. Lain owner lain kriteria keuntungan mereka, jadi produk anda haruslah mempunyai peratusan keuntungan yang tinggi sehingga 50% supaya sebahagian daripadanya boleh diberikan kepada stesen minyak tersebut.

Produk anda juga mestilah bukan dari senarai seperti berikut:

  1. Produk yang kena pakai chiller.
  2. Produk seperti coklat, gula-gula dan minuman ringan.
  3. Produk tak halal
  4. Bunga api
  5. Produk agro seperti telur, ayam, daging dan sayur-sayuran.

Untu kuota IKS, owner stesen Petronas mengutamakan makanan harian seperti kuih-kuih, sandwich, nasi lemak dan lain-lain. Jika anda yakin produk anda sesuai, anda boleh mengikuti langkah-langkah berikut untuk mendapatkan tempat di stesen minyak Petronas yang berdekatan:

  1. Perkenalkan diri anda kepada pekerja di stesen minyak tersebut.
  2. Bagi sample dan pastikan ianya sedap bila di makan.
  3. Dapatkan borang PKS. Isi borang PKS dan pastikan dokumen-dokumen anda lengkap.
  4. Ram- retail area manager kena luluskan lepas owner beri kelulusan. Barulah produk anda lulus masuk ke stesen minyak tersebut.

Antara dokumen yang anda perlu ada untuk disertakan dengan borang IKS tersebut ialah SSM, kena ada profile PKS, sijil Typhoid, gambar dan keterangan produk, sijil MESTI, sijil HALAL jika ada, dan sijil kehadiran pengendali makanan.

Itu sahaja perkongsian admin kali ini. Sila cuba dan pastikan anda tidak berputus asa apabila ada stesen minyak yang menolak anda. Stesen minyak bukannya satu. Tapi jika produk anda anda tidak sesuai, sila gunakan platform lain kerana kemungkinan untuk tidak diterima adalah terlalu besar. Semoga bermanfaat dan selamat berjaya.

Ada soalan online marketing? Jom tanya di ruangan komen di bawah.

Tentang DMM.com

Kami tulis tentang online marketing berdasarkan pengalaman dan data yang kami dapat sepanjang memberi servis online marketing kepada klien-klien kami.

Post Terkini

Jom Follow Kami

Video Online Marketing