DIGITALMARKETING MALAYSIA.COM

Nak Viral? 4 Cara Untuk Senang Viral dan Maksimakan Keuntungan Anda

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Ramai peniaga yang berminat untuk jadi viral. Dengan harapan bila dah viral, orang akan beratur panjang di kedai kita. Untungnya berkali-kali ganda berbanding buat marketing biasa. 

Mengikut pengalaman dan case study kami, orang akan mengenali bisnes anda dengan mudah bila iklan anda viral.

Tetapi, adakah mereka memerlukan produk / servis anda?

Terdapat juga kes di mana viral bagaimana pun langsung tidak mendatangkan keuntungan kepada peniaga tersebut atas beberapa sebab.

a. Tiada keunikan produk / servis yang menyebabkan orang teringin nak cuba. Contoh: Jual tudung biasa tapi iklannya viral teruk akibat video kelakar yang mencuit hati. Walhal dalam video tersebut nama brand hanya disebut sebentar sahaja tanpa offer yang bagus. Orang ingat video viral tersebut, tapi bila ditanya tentang jenama tudung itu, audience tak ingat.

b. Tiada kapasiti untuk terima order yang banyak menyebabkan bisnes mendapat reviu yang teruk dan akhirnya tutup kedai segera. Pasti anda pernah ke kedai makan viral bukan? Contohnya cendol durian dalam iklan punyalah besar duriannya, tapi bila datang, keciput sahaja rupanya dengan alasan stok durian dah berkurangan. Kita kecewa, dan tidak datang dah lepas tu. Siap bagitau kawan lagi supaya jangan datang. Indah khabar dari rupa.

c. Audiens yang menerima post viral anda bukanlah orang yang memerlukan produk atau servis dari bisnes anda. Iklan viral tentang tudung tapi 70% yang komen ialah lelaki-lelaki yang lebih berminat dengan gadis cantik di dalam video viral tersebut. Pengakhirannya, bisnes tudung itu viral tanpa sales.

4 Cara Nak Viral.

Elemen-Elemen Viral:

  1. Kontroversi
  2. Informasi
  3. Kelakar / Menyentuh Hati
  4. Offer Menarik

Apa itu viral?

Viral ialah suatu media seperti gambar, video atau konten informasi yang diwar-warkan secara meluas di internet.

Kenapa nak viral?

Sebagai peniaga, viral ialah satu konsep pemasaran yang membolehkan kita mencapai seramai orang dengan kos yang rendah.

Susah ke nak viral?

Susah jika kita tidak mendapat sokongan daripada channel-channel media yang mempunyai jutaan followers. Ia juga susah jika post kita tidak ada nilai yang menyebabkan ramai orang nak sebarkan dan bagitahu orang lain. Untuk viral, anda memerlukan leverage pihak ketiga yang mempunyai followers yang lebih ramai.

Elemen-elemen penting untuk buat post yang mudah viral:

Ada 4 jenis elemen yang biasanya ada dalam post-post yang biasanya viral. Kami akan kupas satu-satu dan berikan contoh mudah untuk anda follow.

1. Kontroversi

  • Untuk post yang kontroversi, kita boleh lihat bagaimana dengan melakukan perkara di luar tabii normaliti atau kesalahan kepada orang lain akan membawa kepada buah mulut geng-geng bawang di seantero negara.
  • Ramai netizen sukakan perkara yang mudah di kutuk, di hina dan di komen.
  • Post jenis ini adalah post paling mudah viral dan sering di gunakan oleh figura-figura yang pernah popular untuk kekal relevan di dunia media.
  • Teknik paling mudah untuk mencuba post viral jenis ini untuk bisnes ialah dengan mengadakan cerita keburukan bisnes anda dan sebarkan post tersebut melalui profail pihak ketiga ke group-group yang aktif.
  • Jangan lupa untuk hantar mesej kepada media-media besar untuk turut serta dalam mewar-warkan post kita.
  • Sebelum kes ini reda, pastikan anda sudah menyediakan damage control post yang dapat mengembalikan reputasi bisnes anda. Pihak ketiga harus menjadi pihak yang bersetuju untuk berdamai selepas solusi atau jawapan dikeluarkan. Dengan kata lain, kawtim mesti awal-awal.
  • Hasilnya, orang akan bercakap tentang anda dan brand awareness anda meningkat. Jika di buat dengan betul, reputasi brand anda akan kembali pulih dan sales akan meningkat.
  • Tapi hati-hati. Jika reputasi menjadi terlalu buruk, damage control anda akan tenggelam dalam makian-makian netizen pada post viral yang asal. 

2. Informasi

  • Post informasi boleh menjadi viral jika anda menyediakan informasi unik yang dapat membantu ramai orang.
  • Sediakan informasi mengikut bidang bisnes anda. Pasarkan konten anda pada group-group dan hantarkan kepada media-media internet yang mempunyai banyak followers.
  • Untuk page-page yang banyak followers, pastikan anda minta mereka memberi kredit tulisan tersebut kepada profile anda. 
  • Tak semua konten akan di pilih oleh page-page yang banyak followers, mereka akan pilih konten yang betul-betul bagus dan membina engagement page mereka sendiri. Jadi tulislah informasi anda dalam bentuk yang mudah faham dan ada sedikit penceritaan supaya menarik untuk di baca.

3. Kelakar / Menyentuh Hati

  • Post video kelakar dan jadi viral. Mudah bukan?
  • Memang mudah jika anda mempunyai bakat membuat video kelakar atau menyentuh hati. Tapi tak semua orang ada masa dan bakat untuk buat video pendek sendiri.
  • Oleh itu, anda harus mendapatkan servis buat video daripada syarikat-syarikat produksi yang bagus. 
  • Harga video penceritaan berkualiti tinggi boleh mencecah sekitar RM5,000 sehingga RM20,000. Harga sebegini adalah normal sebab nak hasilkan video tersebut akan memerlukan peralatan rakaman video, pelakon, krew rakam video, video editor dan penulis skrip. Tapi jika anda mempunyai bajet jom follow tips kami ini.
    • Pastikan storyline anda ‘sampai’. Nak kelakar? Menyentuh hati? Dua-dua? Boleh deal dengan team produksi video. Kemudian test audiens anda dengan storyline yang pihak produksi cadangkan. Kemudian anda boleh ambil pendapat pelanggan atau rakan-rakan supaya anda lebih yakin dengan storyline tersebut.
    • Pastikan brand bisnes anda jelas dan wajib ada offer dalam video tersebut. Soalan yang anda perlu tanya, “Orang tengok video ni dorang ingat tak brand aku? Dorang nak beli tak offer yang aku bagi dalam tu? Offer tu jelas tak dorang nampak dalam video?”.
    • Call to action mesti jelas dalam video. Maknanya penonton mesti tahu dia kena pergi mana atau klik apa lepas tengok video viral tersebut untuk mendapatkan produk anda.
    • Kalau pihak produksi tolong promotekan video, pastikan ada butang untuk audience klik supaya trafik akan mengalir ke inbox atau website anda. Kalau traffik tak mengalir kepada aset anda, anda akan rugi besar. Viral kosong.
    • Akhir sekali, sila pastikan anda boleh target semula audiens yang pernah lihat video anda supaya anda boleh buat iklan retargeting. Pastikan sekali website anda juga mempunyai tracking code supaya anda boleh buat iklan retargeting. Kalau tak, rugi lah data dan audiens pool yang anda kumpul untuk kempen ini. 

4. Offer Menarik

  • Yang terakhir ialah offer menarik. Contohnya jualan tudung RM1 dari pukul 8pagi hingga 11pagi sahaja di premis anda. 
  • Untuk offer menarik ini, page-page besar yang mempunyai followers yang ramai biasanya tidak akan tolong promosikan secara percuma kerana ia merupakan direct business campaign. Mereka akan minta bayaran. Kecuali special case contohnya jual durian ikut timbang isi. Lain daripada yang lain dan boleh mendatangkan engagement tinggi daripada fans mereka yang pastinya akan mengutuk peniaga durian biasa.
  • Cara ini ialah cara paling sukar untuk viral. Tetapi jika anda mempunyai produk / servis yang banyak permintaan, ia akan menjadi lebih mudah untuk viral.
  • Kami suggest anda menggunakan iklan online berbayar untuk promosikan post anda. Jika offer anda bagus, pasti iklan anda menjadi murah dan bilangan orang yang share akan meningkat dengan pantas. Banyak share  =  Kira viral la tu.

Tulis banyak-banyak tanpa contoh tak guna juga. Jom tonton video iklan viral yang simple daripada Thailand ini. Penceritaan “sampai”, ada branding, call to action dan offer. Pendek dan perfect.

Okey, banyak juga benda kami tulis kali ini. Tapi point terakhir kami ialah tentang kepentingan website. Bila anda berusaha untuk viral, pastikan trafik mengalir terus ke website anda dahulu. Bila trafik mengalir ke website yang mempunyai tracking code, anda lebih mudah untuk kenal siapakah orang yang berminat dengan produk atau servis anda.

Bila dah ada audience pool dari website, nak buat iklan retargeting pun mudah, buat iklan lookalike juga tiada masalah. Iklan akan jadi lebih targeted dan murah, dan anda akan dapat close sales dengan lebih banyak. 

Ramai peniaga hari ini yang ada website tapi gagal untuk setting tracking code dan iklan dengan betul. Kami di digitalmarketingmalaysia.com menyediakan servis penuh untuk buat website dan kempen iklan anda sekali. 

Bila-bila anda bersedia, jom mulakan kempen pemasaran online bersama kami. Untuk info tentang servis kami sila klik link di bawah:

DIGITALMARKETINGMALAYSIA.COM

 

 

Ada soalan online marketing? Jom tanya di ruangan komen di bawah.

Tentang DMM.com

Kami tulis tentang online marketing berdasarkan pengalaman dan data yang kami dapat sepanjang memberi servis online marketing kepada klien-klien kami.

Post Terkini

Jom Follow Kami

Video Online Marketing