DIGITALMARKETING MALAYSIA.COM

Cara Tingkatkan Jualan Produk Secara Percuma Di Internet

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Anda masih tercari-cari platform yang mana lebih berpotensi untuk tingkatkan jualan produk ? Sebenarnya ramai dah salah faham yang buat

Sebenarnya ramai dah salah faham yang buat bisnes online mesti nak kena keluarkan modal yang tinggi.

Jangan terkejut kalau kami beritahu anda boleh tingkatkan jualan produk secara percuma di Internet kalau kena dengan caranya.

Cara ni sangat berbeza untuk anda yang terbiasa buat FB ads.

Malah, lebih mudah untuk diakses dan sangat popular digunakan oleh masyarakat Malaysia sekarang ni.

Jadi, rugilah kalau anda masih tak tahu rupa-rupanya ada cara yang lebih mudah untuk anda tingkatkan jualan produk anda.

Dah lah mudah, FREE pulak tu. Persoalannya, mudah ke nak tingkatkan traffic?

Jom kami tunjukkan kat anda apa cara yang paling efektif kat bawah ni.

1. Listkan Produk Di Marketplace

Ini adalah antara marketplace yang mempunyai traffic tinggi sekali kat Malaysia ni. Paling tinggi, tak lain tak bukan, sudah pasti SHOPEE.

Traffic yang direkodkan adalah setinggi 27.82 juta traffic setiap 10.33 minit!

Boleh dikatakan setiap rakyat Malaysia mesti pernah beli kat shopeewalaupun SEKALI.

Jadi, tugas anda sekarang adalah listkan produk-produk yang anda jual tu ke dalam salah satu marketplace yang ada tu.

Nak listkan dalam semua marketplace ni pun boleh, takde masalah.

“Alamak, mesti kena bayar ni…”

Mesti dah ada yang mengomel ayat ni dalam hati kan? Jangan risau cik adik, kakak, abang, aunti-auntie sekalian, sebab semuanya FREE!

Anda tinggal perlu buat akaun je dah mulakan aktiviti berniaga anda tu.

Tersangatlah mudah, kan? Lepas je baca point first ni mesti ada yang berdesup terus buat akaun seller Shopee. Chill… relax dulu.

Jom kita ke cara-cara seterusnya!

2. Pastikan Keyword Anda Tepat

Part ni yang paling penting guys! Anda takboleh main letak je keyword ikut sedap hati ya.

Kena tahu keyword apa yang pengguna akan cari dan ianya haruslah tepat dan relevan supaya produk kita akan naik hasil dari search tu.

Contohnya, anda ni penjual produk penjagaan wajah. Lebih spesifik lagi produk tu adalah serum untuk jerawat.

Sesetengah seller akan letak nama brand dia je supaya mudah nak orang kenal nanti katanya.

Jangan tiru cara tu, sebab kalau brand pun baru… pengguna takkan tahu on the spot. Pengguna mesti akan search ikut keyword yang mereka nak.

Macam kat bawah ni,

Keyword yang pengguna search :

Serum jerawat

Tapi anda letak keyword nama brand sendiri,

Brand X

Kalau macamni, traffic takkan ada sebab orang tak kenal brand kita lagi.

Serum jerawat Brand X

Sepatutnya, anda letak keyword tu di bahagian depan, dan nama brand anda di bahagian belakang.

Keyword macamni, bersifat lebih spesifik dan peluang untuk produk anda naik adalah sangat tinggi.

Anda cuba buat research dulu keyword apa yang sesuai dengan produk anda.

Keyword tu ikut lah jenis produk yang anda jual, janganlah letak keyword sakit pinggang untuk serum jerawat.

3. Review Free

Bila dah listkan produk dalam marketplace tu, inilah masanya untuk anda tingkatkan traffic dengan promotekan kat kawan-kawan.

Contohnya, kalau anda jual produk kat Shopee, bagilah dorang discount untuk setiap pembelian.

Lepastu, anda minta kawan-kawan tinggalkan review ‘cantik’ kat ruangan bawah tu untuk yakinkan pengguna lain yang akan beli produk anda.

Kebiasaannya, pengguna akan check dulu review, tengok berapa bintang, komen pasal proses penghantaran dan keadaan produk.

Bila review banyak yang positif, barulah pengguna yakin untuk beli dan sharekan produk anda ke pengguna-pengguna yang lain.

Ada juga certain seller yang baru mulakan bisnes, mereka akan beri produk secara percuma je kat kawan-kawan atau ahli keluarga.

Objektif dorang, untuk DAPATKAN REVIEW PERCUMA.

Tapi, lepas produk anda dah ada traffic dan rate agak tinggi, tak perlu lah beri produk percuma lagi ya.

Bila kawan-kawan review anda punya produk, lama kelamaan produk anda akan jadi trusted brand dalam marketplace tersebut.

Dengan cara ni, lebih banyak traffic yang akan anda perolehi.

Mudah sahaja untuk kaut keuntungan hasil daripada jual produk dalam marketplace ni.

Kuncinya adalah anda harus komited dalam meneruskan bisnes. Jangan buat kerja separuh jalan nanti cita-cita tak tercapai. Eh, betul ke? 😂

Untuk anda yang nak tingkatkan traffic ke website dengan pantas dan konsisten, klik sini.

Kami akan guide anda dari A-Z dan bukan setakat website sahaja, macam-macam manfaat lagi yang boleh anda perolehi!

Dah dapat ilmu ni, rajin-rajinlah share dengan kawan-kawan ya semoga bermanfaat untuk kita semua.

Ada soalan online marketing? Jom tanya di ruangan komen di bawah.

Tentang DMM.com

Kami tulis tentang online marketing berdasarkan pengalaman dan data yang kami dapat sepanjang memberi servis online marketing kepada klien-klien kami.

Post Terkini

Jom Follow Kami

Video Online Marketing