Kempen ads ini menyediakan butang send message yang membolehkan pelanggan berhubung dengan perniagaan anda di WhatsApp setelah mengklik butang pada iklan.
Perasan tak jika anda menggunakan e-commerce ada sesetengahnya masuk ke cart sahaja, tapi tak sampai ke buying kerana bermulanya sifat ragu itu sendiri.
Jadi kegunaan bagi kempen ini adalah untuk melawan negatif feelings dari bakal pelanggan.
Jika adanya interaksi antara kedua belah pihak, mungkin 100% masalah itu akan hilang.
So, ikuti saya dalam membuat kempen whatsapp dengan mudah dan pantas!
Sebelum anda dapat membuat iklan Facebook call-to-action WhatsApp, anda mesti download WhatsApp Business untuk Android terlebih dahulu dan connecting kan akaun WhatsApp ke halaman Facebook anda. Pastikan, anda juga mesti menjadi page admin.
Cara connecting Whatsapp Dengan Facebook.
1. Klik Ikon Facebook Page
Cari Ikon Pages di sebelah kiri dan klik
2. Pilih Facebook Page
Jika anda memiliki banyak facebook page, pilih yang mana satu untuk dijadikan rumah iklan anda dan klik page.
3. Manage Page
Anda sudah pun tiba di manage page! Di sini ada pelbagai jenis button khusus untuk menguruskan page ini sahaja. Perkara utama untuk mencari bahagian whatsapp adalah dengan klik button setting di sebelah kiri taskbar . Jangan lupa scroll untuk mencari nya ye.
4. Whatsapp
Pilih Button Whatsapp untuk link kan nombor phone anda dengan facebook.
5. Nombor Yang Digunakan
Pastikan nombor ini khas untuk anda berinteraksi dengan pelanggan.
Ianya adalah lebih baik jika kita mengasingkan nombor personal dengan bisnes. JIka anda mempunyai saller, letakkan sahaja nombornya untuk di link kan.
6. Letakkan kod
Sesudahnya submit nombor. Facebook akan memberikan anda code untuk kepastian. Isikan code itu dalam masa 60 saat.
7. Add Button
Tekan Add Button jika anda inginkanya diletakkan di front page. Kalau anda tidak mahu pun, tidak mengapa. Ianya bergantung kepada individu.
8. Ok
Tekan ok untuk pengesahan.
9. Check Whatsapp
Facebook akan menghantar kepada anda di whatsapp notice dimana ianya sudah pun bersedia untuk di link kan.
Wah!! senang kan!!
OK! Stage berikutnya adalah cara untuk pasang kempen whatsapp! Jom, tengok di bawah!!
#1. Klik Ads Manager
Pergi di timeline facebook dan cari butang Ads Manager di sebelah kiri. Jangan lupa klik terus butang itu untuk direct ke tempat yang kita ingin tujui.
#2. Klik +Create
Facebook akan paparkan direct terus ke tempat campaign untuk memudahkan anda menyiarkan pengiklanan.
Klik sahaja pada butang hijau “+Create” untuk memulakanya.
#3. Pilih Message
Facebook akan memberikan anda untuk pilih beberapa jenis campaign. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan klik tick Campaign Message di bahagian bawah Consideration dan seterusnya menekan butang berwarna biru Continue.
#4. Isikan detail pada campaign.
Jangan lupa isikan Nama kempen dengan betul yang kena dengan iklan dan tekan next.
Campaign Name : isikan nama kempen ikut iklan yang anda letak, untuk memudahkan anda mencarinya dari berpuluh iklan yang telah disiarkan.
contoh : BM whatsapp (BM*nama singkatan produk)
#5. Setup Ad Set
Di sini mempunyai pelbagai perkara yang perlu isikan seperti message destination,audience, age, gender,lokasi dan lain-lain.
Pastikan nama yang diletakkan pada Ad Set berkaitan dengan info yang penting seperti target umur atau lokasi.
Contoh nama Ad Set: BM (28;56+)* umur yang di target
Selepas itu, klik tick Whatsapp Business dari message destination dan pilih page facebook mana yang anda ingin letakkan.
Set Budget & Schedule
Setkan Budget ikut apa yang anda plan tidak kisah lah berapa banyak yang di inginkan. Minimum bagi budget iklan adalah dalam RM10.
Jika anda tidak mahu memasarkan iklan pada hari ini, anda boleh letakkan tarikh yang di ingini.
Set tarikh di facebook juga, membolehkan anda menetapkan berapa hari yang anda inginkan dalam tempoh tertentu.
Contohnya, tarikh mula disiarkan 23 disember dan akan berakhir pada 29 disember.
Audience
Audience adalah kepada siapa dan untuk siapa yang ditujukan.
kategori yang termasauk dalam Audience adalah lokasi, umur, gender, language dan sebagainya.
Location
Bagi anda yang hanya target pelanggan di area semenanjung malaysia sahaja.
Edit pada lokasi adalah wajib, kerana jika anda tidak membetulkanya, facebook akan menyiarkan dengan meluas.
Klik sahaja pada locations untuk anda edit detail.
Klik button kiri dan pilih Exclude untuk setkan tempat yang anda tidak mahu facebook siarkan pengiklanan. Langkah seterusnya, klik pada search locations dan isikan nama tempat yang anda inginkan.
Placement
Placement mempunyai 2 pilihan iaitu Automatic & Manual.
Automatic: Jika anda inginkan facebook membuatkan keputusan untuk anda, pilih sahaja automatik ini.
Manual: manual membolehkan anda memilih platform mana yang ingin dipasarkan seperti instagram,news feed, story dan lain-lain.
Ianya boleh dipilih mengikut pilihan anda. Setelah anda selesaikan kesemuanya, tekan button next untuk ke final task.
#6. Setup Ads
Letakkan nama Ad anda seperti contoh yang saya berikan sebelum ini.
Untuk Identity, pilih facebook page yang anda ingin linkkan dengan whatsapp business.
Ad Setup/create ads
Ad Setup adalah untuk anda memilih pelbagai cara untuk diiklankan.
Ad Creative
Ad creative adalah bahagian penting untuk di isikan sebagai kandugan iklan yang akan dibaca oleh setiap pengguna.
Letakkan Headline yang menarik minat pembaca. Bagi Primary text, anda boleh la letakkan copywriting yang telah direka itu.
Selesainya, mengisi kesemuanya..anda sudah pun boleh terus tekan pulish di belah bawah kanan.
Yay!! Iklan anda sudah pun disiarkan dengan mudah dan cepat!!~ cuma tunggu result saja.
Jika ada di antara anda yang masih tak tahu lagi untuk buat kempen ataupun tiada masa untuk menguruskan iklan.
Jangan risau!! kami akan membantu anda sehingga anda berpuas hati.
Jom melawat ke website kami https://digitalmarketingmalaysia.com untuk mencari info-info yang berkaitan dengan facebook dan pengiklanan! Gerenti Tak Rugi!!~.