DIGITALMARKETING MALAYSIA.COM

6 Jenis & Cara Posting Facebook Page Agar Nampak Menarik.

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Siapa tak kenal facebook? Lebih-lebih lagi kepada penjual online pada masa kini.

Facebook adalah social media yang paling popular untuk memasarkan produk dan servis anda.

Salah satunya perkara yang perlu ada pada setiap peniaga facebook adalah fanpage.

Perasan tak, anda mesti pernah terima notification dari stranger atau kenalan yang kita tak kenal menghantar notice untuk like page mereka?.

Kebarangkalian mereka juga adalah rakan perniagaan seperti anda.

Kenapa perlu ada fanspage? Apa penting sangat untuk perniaga yang berpengalaman untuk buat dan minta orang like fanpage mereka? Apa kegunaannya?

Fanpage ini bukanlah pilihan tetapi ianya adalah satu keperluan jika anda mahu mengembangkan perniagaan.

Ibaratnya, jika kita ingin menjual seuatu ,apa yang diperlukan adalah kedai untuk dibuka terlebih dahulu baru lah ramai ingin datang berkunjung untuk melihat dan membelinya.

Ya, kedai itu adalah fanpage anda!!

Nampak tak anak panah yang tunjuk pada search?.

Anda mesti pernah search yang berkaitan seperti rumah sewa, bilik sewa atau apa-apa yang anda inginkan bukan?.

Contohnya disini saya mencari perkataan resdung kerana ingin mencari ubat untuk sakit hidung.

Nampak tak bahagian di sebelah kanan? Ye, ini lah hasil pencarian yang telah di post dari fanpage.

Tahukah anda, kebanyakkan perniaga perlu aktif dalam posting pada setiap hari untuk menampakkan post mereka aktif dan menunjukkan masih lagi menjual.

Bukan itu sahaja, Jika page anda mempunyai ramai yang like, ia menunjukkan bahawa kedai itu lebih dipercayai dan menyatakan ramai orang recommend kedai tersebut sangat bagus.

Jadi ia adalah sangat penting untuk para peniaga dalam menarik perhatian setiap pelanggan.

Cara ini juga ialah salah satu strategi paling mudah dan tak lapuk digunakan.

Apa akan terjadi jika anda tidak membuat page facebook ini dengan lebih menarik?

Jawapan: Seperti yang saya katakan sebelum ni, INGAT!! Fanpage ini adalah KEDAI anda.

Jika anda tidak membuatkannya 100% usaha dan tidak mempunyai strategi yang betul.

KEBARANGKALIAN, produk yang anda ingin jualkan tidak dibeli dan terus menyebabkan KERUGIAN melebihi KEUNTUNGAN.

RUGINYAAA!!!..

Apa gunanya buat pinjaman duit dan gunakan semua hasil anda hanya untuk rugi??

Ingin saya ingatkan kepada anda.

Apa tujuan kita untuk menjual di facebook?? Adakah ini hanyalah sekadar mainan sahaja? Seperti biskut? Celup di air terus hancur? Sekali jual je terus menghilang? Cuma nak try test sahaja?

Kalau begitu, saya sarankan kepada anda supaya lupakan sahaja niat untuk berniaga.

Perniagaan adalah satu perkara yang berat dan serius. Sekali mendaki, kena gadaikan nyawa untuk sampai ke tempat tinggi.

Cuba lah tengok contoh seperti page Kopi Kapal Api, mereka juga buatkan fanspage sebaik mungkin untuk menarik pelanggan baru dan ingin kekalkan pelanggan setia.

Takkan kita tak teringin nak seperti brand ini?.


Walaupun, Nampak seperti susah.

Jangan risau, saya akan cuba membantu dan mendokong anda sehingga betul-betul faham.

Sebelum kita pergi ke Langkah yang pertama pastikan anda sudah pun membuat fanpage facebook, jika anda masih lagi tidak membuatnya.

Anda boleh klik link di sini ๐Ÿ‘‰ Set Facebook Page.

Selepas anda ikuti Langkah mudah ini, insyallah page fb anda akan sedia untuk beraksi!! Jom kita ke Langkah pertama di bawah!! ๐Ÿ‘‡

#1. Pastikan Anda berada di Page Facebook

Langkah yang paling utama dan sangat mudah adalah dengan memastikan anda berada di page facebook yang nak di post kan.

Sekiranya anda tak dapat jumpa page tersebut, jangan panik. Cuba perhatikan icon flag di atas yang bertanda bulat merah. Klik sahaja di situ anda sudah pun menjumpainya serta merta.

#2. Publishing Tools

Cuba anda lihat di sebelah kiri (manage page).

Scroll di bawah sehingga anda menjumpai Publishing Tools dan klik.

#3. Publishing Post

Tahniah! anda sudah pun ke titik utama untuk mengendalikan posting fanpage.

Creating Post terbahagi kepada 2 iaitu :

+ Published Post

Published post adalah untuk anda yang inginkan post serta merta dan timeline nye sperti di bawah.

Untuk memulakanya, Klik Create Post

dan seterusnya..

Hasilnya sudah pun berada di timline ini!! mudah bukan?

+ Scheduled Post

Untuk Scheduled Post pula, ianya harus mentitik beratkan ketitlitian dalam menguruskan tarik dan masa.

Schedule post ini adalah pilihan kebanyakan perniaga untuk melakukan daily post dengan senang tanpa menganggu hari minggu ketika mereka berehat di rumah.

Contohnya, hari cuti bagi pekerja adalah sabtu & ahad.

Mungkin anda tak nak diganggu atau dibelengu dengan kerja yang memerlukan tumpuan seperti posting.

Jadi anda bersiap sedia dengan schedule post sehingga ahad dalam masa satu hari.

Gambar di bawah Ini adalah langkah schedule post yang perlu anda pelajari :

TADAAA!! post anda sudah pun siap di schedule kan, hanya tunggu masa yang ditetapkan untuk facebook post.

Untuk anda yang tersilap post, jangan risau..ikuti sahaja langkah di bawah ๐Ÿ‘‡

Schedule & published post adalh sama sahja caranya untuk delete. Jadi anda tak perlu risau lagi untuk membuangnya serta merta.

Anda sudah pun tahu macam mana nak set post fb bukan? Tapi tak tau nak post macam mana?

Luangkan masa anda besama saya dalam 5 minit sahaja untuk tips ini.

JENIS- JENIS POST

Baiklah, perkara yang paling utama untuk mula aktif promote atau menjemput rakan-rakan untuk follow/like page anda adalah dengan membuat post terlebih dahulu.

Pastikan jangan biar ia kosong.

Fikirkan, jika anda sewa kedai baru, tetapi langsung tiada apa & tak pernah langsung dekorasi kedai untuk menjadi cantik dan kemas.

Adakah anda pasti ramai akan memberi support dan suka kedai itu?

Jawapannya kita dah tahu kan?

Lebih kurang pun, mereka akan fikir kedai tu takde orang yang menjual dan entah-entah ini adalah prank sahaja.

Berbalik pada yang asal, apakah jenis post untuk page anda??

Anara post untuk permulaan adalah seperti:

#1 Gambar inspirasi yang berkaitan dengan kedai/produk/servis anda

Contoh inspirasi untuk page anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah pastikan inspirasi ini adalah yang selalu dicari oleh mereka.

Pastikan gambar yang anda cari itu tidak ada copyright dari sumber-sumber yang lain untuk mengelakkan fb page anda kena restrict.

Kalau anda inginkan gambar-gambar inspirasi yang mudah dan tiada isu seperti ini boleh la ambil di website pinterest.

Di situ ada pelbagai contoh yang kreatif dan menarik. Ingat, Kalau nak ambil gambar biarlah banyak sikit paling kurang pun dalam 3 atau 4 gambar yang berkaitan supaya pembaca boleh duduk lama sikit dekat post anda.

klik di sini untuk ke page pinterest

Jangan lupa berikan resources dari mana anda ambil.

Contoh: (res:pinterest/ res:deviantart/ res:mdh.co)

Copywriting Inspirasi Post : Untuk ini, anda boleh memilih sama ada untuk formal atau informal.

Contohnya:

Formal : Adakah anda inginkan idea-idea untuk dekorasi rumah dari kami? (kami, hana.co*nama company,anda)

Informal : Korang nak tak idea-idea untuk deko rumah dari kitorang? (kitorang,admin,korang)

*pastikan ianya bersesuaian dengan image company anda. Jika company anda ingin menampakkan professional, jangan sesekali menggunakan perkataan informal.

Posting yang pertama akan menunjukkan image anda kepada bakal pelanggan dan ianya akan kekal lama.

Jika company anda inginkan mesra pelanggan, perkataan informal adalah sangat sesuai untuk dijadikan sebagai identiti.

Posting inspirasi ini dilakukan kerana untuk menarik pembaca menjadi follower dan mengikuti page anda.

Justeru, ianya akan melahirkan peminat setia dan secara tidak langsung membuatkan mereka percaya untuk membeli produk anda.

Strategi adalah salah satu tarikan yang memuaskan bagi kedua-dua belah pihak.

#2 Video berkaitan dengan kedai/produk/servis

Contoh video yang berkaitan. Ingat ye, video yang di post tidak boleh lebih dari 3 minit. Paling bagus, bawah 2 minit sudah pun memadai. Pastikan isinya sangat padat dan tidak berat pada mata penonton.

video : Rich Berries HQ

Ramai tertanya-tanya kenapa perlukan video untuk posting? Untuk pengetahuan anda sejak 2019 lagi trend video ads di facebook makin meningkat sehingga ke hari ini.

Kenapa? Ok, cuba anda letakkan diri sebagai seorang pengguna di facebook.

Perkara pertama dilihat selepas anda scroll di timeline mestilah video bukan? Adakah anda sendiri teringin untuk membaca posting yang panjang berjela??

Mungkin segelintir inginkan post untuk di baca, tetapi kebanyakkan mereka inginkan video kerana ianya jauh lebih menarik dan senang dihadam dari posting yang membosankan.

Konten video anda perlu di isi dengan padat dan buatkan nya jauh lebih menarik dari video yang biasa.

Letakkan juga subtitle untuk memudahkan mereka memahami apa yang anda ingin sampaikan.

Copywriting Video : Ok, ini adalah penting..sebabnya apa yang paling buatkan pengguna facebook berhenti sekejap time scrolling adalah dari ayat yang diletakkan.

Jadi pastikan, ayat atau lebih dikenali Tajuk utama untuk video itu lebih menarik dari posting yang lain.

Ini adalah salah satu contoh tajuk pada posting video di facebook

Tajuk Utama Video ini adalah VIDEO 7 TIPS PENJAGAAN MUKA

#3 Artikel yang berkaitan dengan page

Contoh artikel yang anda perlu buat, Jangan lupa letakkan link website anda di bawah sekali untuk memudahkan mereka melawat ke page website anda.

Jika anda inginkan bakal pelanggan lebih mempercayai company ataupun brand itu sendiri.

Malah inginkan image anda nampak lebih professional dan mahir dalam bidang tersebut.

Ini adalah jenis post yang terbaik untuk anda.

Walaupun kelemahan bagi artikel adalah memerlukan banyak kesabaran dan ketelitian untuk membaca serta memahaminya.

Tetapi kelebihanya juga amat berbaloi dengan tujuannya.

Secara tidak langsung ia akan menarik pelanggan atau follower yang benar-benar inginkan khidmat/produk anda sebagai pengguna setia.

Mencari Artikel bukanlah perkara yang mudah, lebih-lebih lagi untuk mencari topik yang berkaitan dan menarik perhatian berbilion pengguna di facebook.

Jadi, saya akan listkan kepada anda cara untuk mejadikan artikel yang berguna dan menarik di bawah.

= Listkan topik yang berkaitan dengan produk/servis

Type di notepad pun sudah memadai untuk 3 atau 4 topik yang betul-betul menarik pembaca.

Lebih bagus kalau kita ikuti topik semasa, tetapi pastikan ianya tidak jauh dari produk/servis anda

contohnya:

.

Research topik yang di listkan

Apa salahnya kalau kita sekadar research artikel yang sedia ada untuk dijadikan bahan rujukan.

Jangan copy paste sahaja ye!!. Ambil lah 3 atau 4 artikel sebagai contoh dan bandingkanya dengan yang lain.

Selepas itu, anda boleh lah tentukan rangka atau jalan penceritaan yang sesuai.

Buat Rangka & Teruskan Penceritaan

Untuk artikel di facebook, seeloknya elakkan dari buat artikel yang Panjang tapi sebolehnya padatkanya dengan info-info yang penting.

Di sebabkan itu lah, rangka sangat penting untuk memulakan penceritaan.Jangan terlebih syok sendiri ya..

Setkan minda anda untuk menjadikan diri sebagai pembaca

Letak Link Website/Page

INGAT!! Jangan pulak lupa letak link website / page sendiri dekat last sekali di artikel ye.

Artikel ini bertujuan untuk mempromote produk & servis kita sebenarnya.

Artikel ini bertujuan untuk mempromote produk & servis kita sebenarnya.

Contohnya:

Itu saja info kami hari ini. Untuk yang ada bisnes tapi belum ada website atau setting iklan online, jemputlah ke website kami untuk dapatkan promosi istimewa pakej kami.
.
Info lanjut: digitalmarketingmalaysia.com
Info lanjut: digitalmarketingmalaysia.com
Info lanjut: digitalmarketingmalaysia.com

– Sediakan Gambar Yang Menarik Pengguna di Facebook

Bagi Artikel pula, Gambar memainkan peranan penting untuk menarik perhatian pengguna di facebook. Perkara pertama yang kita akan lihat Ketika scroll untuk posting artikel adalah gambar.

Jika gambar itu menarik, kita pasti akan menekan seterusnya kan? Oleh itu, pastikan gambar yang anda letak mestilah 100% menarik.

*peringatan//jangan sesekali meletak gambar separuh yang nampak 80% kulit, gambar sensitive seperti orang tengah sakit atau berkaitan dengan darah untuk elakkan fb account anda di restrict..jika anda ingin menggunakan post ini sebagai ads dikemudian hari.

#4 Kata-kata inspirasi

Tak sempat nak lakukan posting yang cantik dan komplikasi?

Takpe, anda boleh saja lakukan yang paling senang seperti contoh kata-kata inspirasi ini.

Reka lah sedikit atau cari kata-kata inspirasi, ianya sebenarnya untuk nampakkan page anda nampak aktif dan bukanlah di jaga oleh robot.

Kita sebagai pelanggan pun tak suka jika bukan manusia yang menjaga atau melayan kita kan?

Sebab bagi kita ianya tiada emosi dan tiada rasa ikhlas dari penjual.

#5 Letakkan gambar produk/servis/kedai

Bagi pendapat saya, perkara yang paling utama perlu di letakkan adalah gambar produk anda.

Kenapa? Sebab kita nak jual produk kita kan?

So, apa salahnya kalau kita letak satu atau dua produk untuk ditunjukkan pada bakal pelanggan kita..

Yelah, cantikkan saja page tak memadai. Apa yang paling penting adalah isinya juga.

Jadi pastikan gambar produk pertama anda adalah antara yang paling cantik dan berkualiti tinggi.

#5 Letakkan Testimoni

Bila kita menjual sesuatu barang mestilah pelanggan merasa ragu-ragu dengan penjualan.

Petanyaan yang sering bermain di minda adalah.

Betul ke orang dah cuba? serius la? ada efek ke? tak nak la, kalau takde orang guna, ntah-ntah tak ok.

Jadi ini lah fungsi testimoni untuk anda letakkan di fanpage.

Alang-alang orang dah membeli apa salahnya kalau kita mintak sedikit review yang berbentuk testimoni kan?

Supaya buyers akan nampak kita boleh dipercayai.

Testimoni boleh diberikan 2 jenis :-

+ Testimoni Gambar

+ Testimoni chat/whatsapp/pm dari sosial media

Ok, sampai sini sahaja info kita hari ini..

saya berharap bahawa anda sudah pun memahami facebook page ini.

Kita akan bertemu lagi di hari yang lain dengan tajuk yang lebih menarik untuk anda pelajari.

Jangan lupa like & follow page kami di facebook ye~. Terima kasih kerana memberi sokongan anda!~

Ada soalan online marketing? Jom tanya di ruangan komen di bawah.

Tentang DMM.com

Kami tulis tentang online marketing berdasarkan pengalaman dan data yang kami dapat sepanjang memberi servis online marketing kepada klien-klien kami.

Post Terkini

Jom Follow Kami

Video Online Marketing