5 Sebab Utama Iklan Anda Tidak Menjadi
Penat-penat anda karang ayat dan design gambar yang sesuai untuk paparkan iklan anda, tapi campaign reach anda tidak mencecah 1000 ke atas selepas 24 jam iklan diluluskan. Ini bermakna, iklan yang anda telah setup di FB ads tidak dipaparkan kepada target audience anda ataupun iklan anda kurang dipaparkan oleh Facebook. Kenapa boleh jadi macam ni? Ini dia 5 sebab kenapa iklan anda tidak menjadi dan tidak berjalan seperti yang anda inginkan.
Persaingan Pada Audience Yang Sama
Bukan anda sahaja yang mensasarkan audience tersebut, mungkin terdapat pesaing anda yang mensasarkan audience yang sama atau hampir serupa dengan anda. Kebanyakan pesaing-pesaing ini berkemungkinan bukan orang yang mahir dalam penggunaan FB ads, jadi mereka meletakkan bid yang lebih tinggi daripada anda.
Ini menyebabkan FB mengutamakan mereka terlebih dahulu dan ads mereka akan lebih kerap dipaparkan berbanding ads anda. Anda yang bid rendah ini akan dikemudiankan dan berkemungkinan ads anda tidak akan berjalan.
Akan tetapi, anda tidak perlu risau, kerana terdapat cara untuk mengatasinya. Kebiasaannya iklan yang letak bid tinggi ini memang cepat jalan tetapi click-through rate (CTR) nya teruk dan sangat sikit orang yang akan klik pada iklan mereka. Dan disebabkan inilah ianya kurang mendatangkan untung kepada Facebook.
Facebook mahukan keuntungan, jadi sekiranya orang itu bid tinggi tetapi iklannya tidak mendapat sambutan, Facebook akan rugi, jadi secara tidak langsung iklan itu sendiri akan berhenti daripada berjalan.
Untuk mengatasinya, anda boleh buat ads yang berkualiti, yang mana ianya berpotensi untuk mendapatkan klik (CTR) yang tinggi. Dengan CTR yang tinggi, anda mampu membuatkan ads anda berjalan laju. Iklan yang laju dengan CTR yang bagus akan memberikan klik yang tinggi. Selain itu juga anda boleh spesifikkan atau kecilkan lagi sasaran audience anda untuk memastikan ads anda berjalan.
Nilai Daily Budget & Bid Rendah
Selain itu, iklan anda mungkin tidak menjadi dan tidak berjalan kerana daily budget yang anda letak sangat rendah. Sekirnaya ads anda berpotensi untuk mengahasilkan CTR yang tinggi dengan budget rendah pun ads anda boleh jalan. Jadi, tidak salah sekiranya anda menaikkan sedikit daily budget anda tetapi kekalkan nilai bid CPC anda.
Kadang-kala, sekiranya anda membuat lebih daripada 3 iklan dalam satu kempen, nilai daily budget yang anda letakkan itu hanya akan diperuntukkan untuk iklan yang terawal atau iklan yang terbaik sahaja. Inilah sebab kenapa ads anda tidak menjadi.
Di samping itu juga, nilai bid yang rendah juga dapat membuatkan ads anda tidak menjadi. Memanglah 3 sen itu sudah memadai, akan tetapi kadang-kala Facebook mengatakannya sangat rendah. Namun, tidak salah jika anda mencuba naikkan sedikit bid CPC anda ke 4 atau 5 sen. Jangan lebih daripada 5 sen.
Tidak Konsisten
Marketing tidak semestinya anda buat dan akan terus menjadi. Terdapat ramai usahawan perlu try and error banyak kali untuk mendapatkan marketing yang betul-betul kukuh dan boelh menarik lebih ramai pelanggan untuk membeli produk dan servis. Tetapi masalahnya, ramai usahawan yang buat pemasaran terus give up apabila iklan tidak menjadi.
Jangan begitu kerana marketing bukanlah isu anda buat atau tidak sahaja, ianya turut membabitkan konsistensi anda dalam mengendalikannya. Konsistensi sangat penting dalam membuat marketing lagi-lagi untuk sales dan branding supaya bisnes anda kekal releven serta dikenali umum.
Jenis Iklan Yang Digunakan
Jenis ads yang anda gunakan berkemungkinan menjadi sebab kenapa ads anda tidak menjadi. Ini kerana anda tidak menggunakan funnel yang betul ketika anda membuat ads anda. Anda perlu tahu setiap jenis ads dan potensi kelajuannya kerana ianya berbeza antara satu sama lain. Iklan yang baru kebiasaannya sangat lambat berjalan kerana ianya perlu melalui proses review yang memakan sedikit masa.
Satu cara untuk mempercepatkan ads jenis ini adalah dengan memilih bid jenis autoCPM ataupun bid CPM. Tetapi anda perlu ingat, anda perlu hasilkan iklan yang berkualiti dan kawal budget anda. Letakkan daily budget anda RM20 ke bawah. Iklan jenis page post ads pula lebih mudah dan cepat untuk diluluskan, jadi ianya lebih cepat berjalan. Cara ini sesuai jika anda gunakan bid jenis CPC.
Ads yang paling cepat diluluskan dan paling cepat berjalan adalah jenis sponser post. Gunakan button promote di fanpage anda. Iklan anda akan mampu mencapai ramai audience dalam masa yang lebih singkat cuma ianya menggunakan autoCPM.
Video Atau Gambar Yang Digunakan Tidak Menarik
Akhir sekali, penggunaan gambar dan video yang tidak menarik juga merupakan punca iklan anda tidak menjadi. Visual yang menarik sangat penting dalam marketing untuk menarik pelanggan. Ini kerana visual merupakan perkara pertama yang akan dilihat pelaggan dan ianya menjadi sebagai “penentu” mata mereka untuk berhenti daripada melihat perkar lain dan fokus kepada marketing yang anda ingin sampaikan.
Letakkan diri anda sebagai pelanggan, adakah anda akan klik pada visual yang tidak menarik perhatian anda dan membosankan? Anda berkemungkinan akan skip dan mencari perkara lain yang lebih menerujakan, betul tak?
Secara kesimpulannya, marketing merupakan proses yang anda perlu lalui dengan penuh kesabaran. Jangan terlalu gopoh dan ingin berjaya dengan cepat kerana ianya akan membuatkan anda kehilangan banyak duit. Fikirkan dari perspektif pelanggan semasa anda membuat iklan, bagaimana produk anda dapat membantu mereka. Barulah senang mereka ingin membeli atau berurusan dengan anda.