DIGITALMARKETING MALAYSIA.COM

5 Jenis Marketplaces Paling Popular Di Malaysia!

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Anda semua mesti dah familiar dengan marketplaces kat atas ni kan? Kebanyakkan daripada anda mesti akan download salah satu apps ni.

Tujuannya ada dua sahaja, sama ada anda adalah si penjual atau si pembeli.

Dalam bajet 2020, kerajaan siap sedia beri sokongan sepenuhnya untuk bisnes jenis e-Commerce terus berkembang.

Sebab tu, kalau anda perasan sekarang ni dah banyak apps ataupun marketplace yang wujud sampai anda pun pening nak memilih.

Sama seperti pembeli, penjual juga tertanya-tanya marketplace mana yang lebih sesuai dan boleh tingkatkan traffic dengan pantas?

Jom kami kupaskan untuk anda satu persatu tentang marketplace yang paling popular di Malaysia!

1. Shopee

Sejak dari tahun pelancarannya (2015), peningkatan traffic yang berterusan telah menjadikan Shopee paling popular digunakan sehingga sekarang.

Shopee ni bukan sahaja ada kat Malaysia je tau, tetapi juga telah meluas di seluruh negara Asia Tenggara.

Antaranya adalah Singapore, Indonesia, Thailand, Philippines, Vietnam dan Taiwan.

Untuk akses yang lebih mudah selain dari website, anda boleh terus install je appsnya dalam gadget anda.

Dengan adanya mobile apps ni, proses berinteraksi dengan penjual atau pembeli akan lebih mudah.

Sekarang ni, macam-macam tawaran hebat dah ada dalam Shopee, ini termasuklah pemberian voucher, discount dan boleh negotiate harga lagi!

Untuk carian produk juga pengguna boleh spesifikkan location, range harga, kategori, rating dan servis penghantaran.

Nak jadi seller tapi mesti ada yang ingat kena guna modal tinggi.

Sangkaan anda adalah tak tepat sama sekali, Shopee tak caj walau satu sen pun duit anda untuk jadi seller.

Anda boleh listkan produk anda dan jalankan bisnes anda tanpa perlu bayar apa-apa pun kat Shopee. Siapa yang taknak kalau macamni, kan?

“Habitu, untuk shipping pulak macam mana?”

Shipping semuanya pembeli lah yang akan bayar. Jangan risau…

Dengan adanya kemudahan yang menarik untuk pengguna, maka tak hairanlah kalau Shopee mempunyai traffic paling tinggi setakat ni.

2. Lazada

Seterusnya adalah Lazada!

Lazada ni telah dilancarkan pada tahun 2012 dan terdapat beberapa buah negara yang aktif menggunakan website ini.

Antaranya adalah Malaysia, Indonesia, Singapore, Thailand, Philippines dan Vietnam.

Sama seperti Shopee, Lazada juga turut mempunyai mobile apps yang lebih mudah untuk diakses selain dari website offical.

Antara kategori produk yang boleh dipilih oleh pengguna adalah termasuk produk kesihatan, home & lifestyle fashion, sports, dan pelbagai lagi.

Untk jadi seller kat Lazada, anda akan dicaj dengan komisyen untuk setiap sale yang anda buat.

Tapi, jangan risau komisyen tersebut hanya akan dicaj jika pengguna dah buat pembayaran kat anda dan produknya telah dihantar.

Klik sini untuk info lebih lanjut tentang komisyen tersebut.

3. Mudah.my

Ramai yang masih tak tahu rupa-rupanya Mudah.my ni adalah sebahagian daripada Carousell yang dilancarkan pada 2012.

Mudah.my dimulakan di Singapore dan seterusnya terkenal di Malaysia sebagai listing platform untuk online demand.

Website ini memberikan senarai pekerjaan, servis dan perkhidmatan, perlancongan, kenderaan, property, electronic dan macam-macam lagi!

Anda boleh jual produk anda di Mudah.my secara percuma tanpa risau dikenakan apa-apa bayaran.

Untuk shipping pula, pengguna atau pembeli akan dikenakan caj berdasarkan beberapa kategori.

Antaranya adalah, berapa banyak produk yang telah dibeli, berat produk, dan jarak shipping address.

Sesetengah seller juga ada menawarkan free shipping jika pengguna atau pembeli membuat pembelian yang maksimum.

4. Zalora

Next ! Zalora. Siapa yang tak tahu Zalora ni adalah lubuk online fashion yang terkemuka di Asia.

Zalora adalah salah satu website e-Commerce yang berkembang dengan pantas di seluruh Asia Tenggara.

Nak tahu tak sebab apa?

Lebih 500 jenis brand yang merangkumi pelbagai kategori dan terdiri daripada local, dan international brand/designers.

Dengan ini, Zalora secara tidak langsung telah memberikan pengguna pelbagai pilihan product lelaki dan wanita dengan harga yang berbaloi!

Zalora juga menawarkan 30 hari free returns policy, penghantaran laju 1-3 hari berkerja dan COD (Cash On Delivery).

Part ni yang paling best! Pengguna Zalora dapat menikmati free shipping jika pembeli membuat pembelian paling rendah sebanyak RM99.

Tapi, anda harus faham tak semua marketplace ni boleh jadikan anda seller tanpa membuat sebarang pembayaran.

Contohnya kat Zalora ni, setiap product mempunyai komisyen yang berbeza.

Antara range nya adalah 10%-30% daripada jumlah sales yang anda perolehi untuk setiap item.

Jumlah ni boleh berubah dari semasa ke semasa mengikut policy yang telah ditetapkan oleh Zalora.

5. Lelong.my

Lelong dilancarkan dari tahun 1998 lagi sebagai auction website.

Seterusnya, website ini berkembang jadi general marketplace yang dikendalikan oleh Syarikat Malaysia, Interbase Resources Sdn. Bhd.

Lebih 10,000 retailers dengan pelbagai produk dan servis yang ada kat Lelong.my ni.

Termasuklah dengan 1.3 juta jenis produt ditawarkan merangkumi kategori yang ada.

Contohnya adalah, barang elektronik, e-voucher, beauty & personal care products, fashion, aksesori dan frozen foods.

Untuk setup, tiada caj yang dikenakan. Tapi, Lelong.my ada sediakan pakej yang telah siap sedia dengan traffic. Buat pilihan dengan bijak sekarang!

Untuk shipping, Lelong.my melalui proses yang sama seperti Shopee atau lazada dimana pengguna akan bayar shipping.

Ianya bergantung kepada, berat produk, berapa banyak produk dan jarak shipping address.

Retailers juga ada menawarkan free shipping untuk pembeli yang membuat pembelian yang minima (mengikut jumlah yang ditetapkan).

Macam mana? Dah buat pilihan ke nak mulakan bisnes kat marketplace mana satu?

Kalau masih tak berkeyakinan, anda boleh minta pakar yang sediakan dari A-Z untuk bisnes anda.

Klik sini untuk kami guide anda dari segi penyediaan website dan iklan dengan harga yang susah nak dapat! Lebih-lebih lagi waktu pandemik ni.

Jom share dengan kawan-kawan untuk jadi lebih produktif hari ini!

Ada soalan online marketing? Jom tanya di ruangan komen di bawah.

Tentang DMM.com

Kami tulis tentang online marketing berdasarkan pengalaman dan data yang kami dapat sepanjang memberi servis online marketing kepada klien-klien kami.

Post Terkini

Jom Follow Kami

Video Online Marketing